PBB Telah ‘Hancur’

1835

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ‘hancur’, tidak mampu berbuat apa-apa, apabila berhadapan dengan pasukan keselamatan Israel yang membunuh lebih daripada 60 orang warga Palestin di Jalur Gaza semasa protes awal minggu ini.

Bercakap pada hari Rabu di ibu negara Turki, Ankara, Erdogan menyifatkan PBB sebagai ‘hancur’ kerana kekurangan respon terhadap Israel yang terus menggunakan kekuatan membawa maut terhadap penunjuk perasaan di daerah pantai yang terkepung.

Pada hari Isnin, tentera Israel membunuh lebih daripada 60 penunjuk perasaan Palestin di sepanjang pagar Gaza dengan Israel ketika puluhan ribu orang bersatu sebagai sebahagian daripada Great March of Return, dan melawan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat baru di Yerusalem.

Lebih daripada 2,700 yang lain cedera apabila tentera rejim melepaskan peluru dan gas pemedih mata secara langsung kepada mereka yang sedang berkumpul.

Erdogan menuduh Israel melakukan kezaliman dan Turki akan memindahkan mereka yang cedera daripada Gaza, di mana kemudahan hospital dilaporkan terlalu dhaif.

Israel mengekalkan penggunaan senjata api dengan peluuru hidupnya sejajar dengan undang-undang domestik dan antarabangsa, dengan mendakwa demonstrasi adalah sebahagian daripada konflik negara dengan Hamas, yang mengawal Jalur Gaza.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin antarabangsa telah mengecam penggunaan peluru hidup dan keganasan kuasa Israel.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov berkata, Israel adalah pembohong apabila rejim itu merujuk penunjuk perasaan yang dibunuh di sepanjang sempadan Gaza sebagai “pengganas”.

“Saya tidak boleh bersetuju dengan fakta bahawa berpuluh-puluh orang awam yang aman, termasuk kanak-kanak dan bayi yang terbunuh dalam insiden ini, adalah pengganas.

“Ini adalah kenyataan yang menghina,” kata Lavrov kepada pemberita di Moscow.

Sejak bulan lalu, tentera Israel telah membunuh 111 rakyat Palestin dan mencederakan lebih daripada 12,000 orang lain.

Komen Lavrov mengikut keputusan Turki dan Afrika Selatan untuk menarik balik duta mereka ke Israel pada awal minggu ini.

Ankara juga telah mengusir duta Israel ke Turki untuk sementara waktu.