Siasatan PBB menyalahkan pasukan keselamatan Israel menyebabkan tujuh serangan maut yang berlaku keatas sekolah PBB di Gaza, yang digunakan sebagai tempat perlindungan.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa beliau kesal serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 227 orang lain dipusat seliaan PBB.
“Ia adalah suatu perkara yang berat sekali bagi mereka yang memandang kepada (PBB) untuk melindungi (nereka) dan yang meminta dan diberikan tempat tinggal di sana mempunyai harapan dan (sedangkan) kepercayaan dinafikan,” Ban menambah.
Perang tahun 2014 adalah yang paling dahsyat untuk 1.8 juta rakyat Gaza, dimana ia membunuh lebih 2,200 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, menurut perangkaan PBB.
Tujuh puluh dua orang terbunuh di sebelah Israel, termasuk 66 askar.
Dalam satu kes, siasatan baru mendapati bahawa sekolah perempuan PBB dibedil dengan 88 mortar yang dilepaskan oleh tentera Israel.
Sekolah perempuan lain juga terkena tembakan anti kereta kebal terus dari tentera Israel dan sebuah lagi sekolah turut dibom dengan peluru berpandu Israel.










