PBB Kutuk Vatican Tutup Kes Cabul Ribuan Kanak-kanak

974

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menolak hujah Vatican bahawa pusat pentadbiran gereja katolik dunia itu tidak boleh melaksanakan konvensyen hak asasi kanak-kanak dalam wilayahnya.

Vatican dikecam pada hari Rabu 5 Februari, oleh jawatankuasa hak asasi manusia PBB kerana gagal menghalang para paderi merogol dan mencabul kehormatan puluhan ribu kanak-kanak selama beberapa dekad.

Jawatankuasa tersebut juga kesal kerana Vatican terus mengguna pakai dasar-dasar yang membenarkan pencabulan dan melindungi pencabul untuk dikesan.

para paderi vaticanMenurut Jawatankuasa itu, tidak ada peruntukan yang mencukupi oleh pihak Vatican, untuk memastikan bahawa kes-kes seperti ‘skandal dobi Magdalena’ tidak berulang.

Dalam kes yang berlaku di negara Ireland itu, kanak-kanak perempuan telah sewenang-wenangnya dijadika buruh paksa oleh pihak gereja.

Menurut lapora jawatakuasa itu, pesalah dan pencabul sebaliknya dipindahkan dari satu gereja kepada gereja lain, di lokasi berbeza, untuk melindungi mereka dan meletakkan lebih ramai kanak-kanak berisiko terhadap pencabulan dan penyalahgunaan.

Sementara itu PBB juga mengutuk “kod senyap” yang dikenakan ke atas mangsa penderaan kanak-kanak itu dan hakikat bahawa mereka yang didedahkannya selalunya dapat mengelak pendakwaan.

“Jawatankuasa ini memandang serius tindakan ‘menganggap suci’ (perbuatan cabul dan) tidak mengakui tahap jenayah yang dilakukan, tidak mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani kes-kes penderaan seksual kanak-kanak dan untuk melindungi kanak-kanak,

“dan (pihak vatican) telah menerima pakai dasar dan amalan yang telah membawa kepada penerusan penderaan oleh (pencabul) dan sewenang-wenangnya (oleh mereka) yang terbabit, “kata laporan itu.