PBB Bimbang Unsur Melampau Mewarnai Pilihan Raya Myanmar

965

Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon mengecam ‘unsur-unsur melampau’ di Myanmar yang menyemai kebencian dan ketaksuban terhadap agama minoriti, beberapa hari sebelum pillihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada Ahad ini.

Para pemerhati berharap pemilihan demokrasi dapt dilaksanakan dengan adil dan mengubah lanskap Myanmar secara perlahan-lahan selepas sekian berada dalam pemerintahan yang dipengaruhi tentera yang kejam.

Namun begitu, menjelang waktu rakyat negara itu membuang undi arus perkauman dan semangat anti-Islam semakin kuat, sentiment yang dimainkan oleh golongan ‘ultra-nasionalis’ sami Buddha kelompok ‘Ma Ba Tha’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Ban Ki-moon berkata beliau mempunyai ‘kebimbangan’ tentang tindakan berterusan menuturkan ucapan benci membenci, hasutan permusuhan perkauman dan penyalahgunaan agama untuk tujuan politik oleh unsur-unsur yang melampau di kalangan majoriti masyarakat di Myanmar.

Ban juga menggesa pengundi menolak ahli politik yang mendukung dasar diskriminasi apabila mereka sampai ke peti undi.

time-magazine-cover“Saya menggesa semua pihak di Myanmar untuk menjauhkan sebarang tekanan, ugutan, penyebaran kebencian atau keganasan terhadap individu atau organisasi berdasarkan identiti etnik, jantina, kepercayaan agama atau pandangan politik,”menurut kenyataan itu.

Beliau dengan tegas menyelar ‘kenyataan kesat’ ditujukan terhadap Yanghee Lee, pelapor khas PBB ke Myanmar.

Bahkan semasa lawatan duta khas PBB ke negara itu pada Januari, beliau telah disifatkan sebagai ‘pelacur’ oleh sami Wirathu, yang merupakan ‘batu api’ kepada diskriminasi dan kekejaman ke atas umat Islam Rohingya.

Lee telah lantang dalam kritikan beliau terhadap mereka yang menganiaya dan menyemai permusuhan kelompok terhadap golongan minoriti Myanmar, terutamanya penduduk yang beragama Islam.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini gerakan nasionalis Buddha yang dipelopori oleh gerakan Ma Ba Tha dan Wirathu dikenali di kalangan kumpulan-kumpulan ini, paling mendukung sentimen anti-Islam melampau.

Wirathu melakukan dakyath dan menyebar fitnah, mendakwa Myanmar diancam oleh Islam yang akan menghapuskan identiti penganut Buddha.

Menurutnya, wanita Buddha yang berkahwin dengan orang Islam akan menukar agama asalnya dan Islam membenarkan lelaki beristeri ramai yang akan memberikan kesan kepada pengaruh Buddha di Mayanmar.

Berpuluh-puluh orang, majoritinya Islam, terbunuh dalam keganasan agama sejak beberapa tahun yang lalu.