Patient Registration System Needs to be Sophisticated and Efficient

838

Brunei Darussalam has introduced a new system concept Bru-HIMS (Healthcare Information and Management Systems) One Patient One Record in which the patient’s medical data recorded from all hospitals, outpatient services, treatment centers and government clinics are grouped into a single Electronic Patient Record. Every person in this country will have a Patient Electronic Records containing of their comprehensive medical history including information about medications given and screening done.

Bru-HIMS project is the Ministry of Health ICT projects in which all patient data management handled electronically through the use of Electronic Patient Record. This project will not only replace the computer systems of the past but also added with other systems that make system- Bru-HIMS as the integration of systems management in the patient information and medical services health.

Compared with Brunei Darussalam, Malaysia seems to lag behind in the patient data management and registration system in government hospitals. Almost all hospitals in Malaysia are still using the old way of taking data and patient information. Not only slow and less efficient but cause patient’s illness is difficult to detect at an early stage. With the availability of complete data and information that will enable the hospital to detect and identify illnesses faced by the patients. Not only that but also people need not to queue to get treatment after all their information in the online system.

With the availability of complete data and information about each patient, this will enable the Ministry of Health to detect and provide intensive treatment to patients that require emergency treatment based on records obtained from each patient’s information. With the availability of online data system, this will facilitate patient registration and easily treated during emergency. This is one of the best and more efficient way for the ministry of health to take the incentives in the public registration who need treatment in government hospitals or private.

We urge the Malaysian government through the Ministry of Health need to upgrade the way of patient enrollment by implementing Health Information Systems and Management Systems concept of One Patient One Record as used by the government of Brunei Darussalam.

We hope the Ministry of Health can review the administrative system and to implement a systematic program to the rest of the country to facilitate the work of the hospital staff and the public can deal quickly without having to wait too long to seek treatment.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
http://pas-miri.blogspot.com


Bahasa

Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan satu konsep sistem baru Bru-HIMS (Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan) Satu Pesakit Satu Rekod di mana data perubatan pesakit direkodkan daripada semua hospital, perkhidmatan pesakit luar, pusat-pusat rawatan dan klinik kerajaan dikumpulkan ke dalam satu Rekod Elektronik pesakit. Setiap orang di negara ini akan mempunyai Rekod Elektronik pesakit yang mengandungi sejarah-sejarah perubatan yang komprehensif mereka termasuk maklumat mengenai ubat-ubatan yang diberikan dan pemeriksaan yang dilakukan.

Projek Bru-HIMS ialah projek ICT Kementerian Kesihatan di mana semua pengurusan data pesakit dikendalikan secara elektronik melalui penggunaan Rekod Elektronik Pesakit. Projek ini bukan sahaja akan menggantikan sistem-sistem berkomputer yang telah lalu tetapi juga ditambah lagi dengan sistem-sistem lain yang menjadikan Sistem Bru-HIMS sebagai sistem yang mengintigrasikan pengurusan maklumat-maklumat pesakit di perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dan kesihatan.

Kalau dibandingkan dengan Brunei Darussalam nampaknya Malaysia agak ketinggalan dalam pengurusan data-data pesakit dan juga sistem pendaftaran di hospital-hospital kerajaan. Hampir semua hospital di Malaysia masih lagi mengguna cara lama dalam pengambilan data-data serta maklumat pesakit. Bukan saja lambat dan kurang efisen tapi menyebabkan penyakit pesakit sukar dikesan pada peringkat awal. Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap akan memudahkan pihak hospital mengesan dan mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Bukan itu saja bahkan orang awam tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan setelah segala maklumat mereka ada dalam sistem di talian.

Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap tentang setiap pesakit, ini akan memudahkan pihak Kementerian Kesihatan mengesan serta memberi rawatan intensif kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan berdasarkan rekod yang diperolehi dari maklumat setiap pesakit. Dengan adanya sistem data dalam talian, ini akan memudahkan urusan pendaftaran serta pesakit akan mudah dirawat semasa berlaku kecemasan. Ini adalah salah satu cara terbaik dan lebih efisen bagi pihak kementerian kesihatan mengambil insentif dalam urusan pendaftaran orang awam yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan atau swasta.

Kita mengesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan perlu menaik taraf cara pendaftaran pesakit dengan melaksanakan Sistem Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan yang berkonsepkan Satu Pesakit Satu Rekod seperti yang digunakan oleh kerajaan Brunei Darussalam.

Kita harap pihak Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula sistem pentadbiran dan dapat melaksanakan program yang bersistematik ini ke seluruh negara untuk memudahkan tugas kakitangan hospital dan orang awam dapat berurusan dengan cepat tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.