Pastikan Menang Bergaya, Umno-BN Jatuh Kali Ketiga

183

Oleh : Rohayati Ripin

KEMAMAN – Semua pengundi P040 Kemaman diseru balik mengundi bagi memastikan PAS menang dengan bergaya dan Umno-BN kecundang kali ketiga dalam tahun ini.

Menurut Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid, angkara Umno-BN menyebabkan pilihan raya terpaksa diadakan sekali lagi di daerah ini.

“Kita harapkan supaya sama-sama bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan parlimen ini menjadi kubu kuat kepada PAS.

“Insya Allah kita dapat mempertahankan kemenangan yang lepas.

“Dan kita harapkan dapat menambah majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2 Disember,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Ceramah Perdana Majlis Pengistiharan Calon di Dewan Terbuka Arena Square, Kemaman pada semalam.

Oleh itu, beliau yakin dan percaya parti PAS dapat mengekalkan kemenangan dengan begitu mudah di kawasan Kemaman.

“Perlu diingatkan bahawa jangan kita leka dengan majoriti kemenangan kita peroleh sehingga leka tak keluar mengundi,

“Keluarga kita, anak kita yang bekerja di luar dan sebagainya tak balik untuk mengundi,” katanya.

Oleh itu, tambahnya, menjadi tanggungjawab memastikan para pengundi yang berada di luar pulang bagi menunaikan tanggungjawab dan mempertahankan kemenangan pada kali ini.

“Kita buktikan kepada Umno BN bahawa kemenangan yang dia khianati dalam petisyen sehingga pembatalan dalam keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Dan Insya Allah saya yakin kita dapat menebus balik dengan kemenangan yang lebih besar Dalam PRK nanti,” tambah beliau lagi.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan tenaga bantu membantu jentera dalam pilihan raya kali ini.