Oleh : ZulShawal
DUNGUN – Demi merelisasikan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan didikan Islam, Jabatan PASTI Kawasan Dungun bakal menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ke-29 dalam Daerah Dungun.
Ia dibangunkan setelah Jabatan tersebut berjaya menubuhkan Pasti Qariah Tebing Tembah dalam DUN Paka pada sesi 2015, DUN Bukit Besi pula dipilih sebagai lokasi PASTI baru itu, untuk sesi 2016.
Kampung Kuala Jengal menjadi keutamaan setelah pihak PASTI Dungun berbincang dan menilai cadangan Pihak Penyelaras PASTI DUN Bukit Besi.


Pengarah PASTI Kawasan Dungun, Khairul Ismail berkata pihaknya mensasarkan penubuhan sekurang-kurangnya sebuah PASTI baru dalam masa setahun.
Katanya, ia bertujuan memenuhi permintaan daripada masyarakat yang telah yakin dengan pusat pra-sekolah anjuran PAS, bagi pendidikan awal anak-anak meraka.
“Alhamdulillah hari ini kita telah selesaikan perkara asas bagi penubuhan PASTI baru iaitu premis tempat belajar.
“Untuk perkara yang lain kita harap pihak Pemuda cawangan dapat membawanya ke mesyuarat PAS Cawangan Kuala Jengal secepat mungkin,’ jelasnya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke bangunan yang dicadangkan untuk PASTI terbabit.
Beliau menjelaskan PASTI kawasan akan membiayai kos peringkat awal persiapan kecerian bangunan dan alat bantu mengajar, yang mana Majlis Guru PASTI (MGP) Dungun akan berkampung tersebut bagi melatih dan memberikan tunjuk ajar kepada guru PASTI berkenaan.


Sehubungan itu, beliau memohon kepada semua pihak yang prihatin agar bersama memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit, bersama-sama penubuhan PASTI Kuala Jengal.
“Kami daripada PASTI Kawasan Dungun juga merayu sumbangan daripada orang ramai bagi menampung perbelanjaan operasi PASTI ini nanti,’ tambah Khairul.
Mnurutnya, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada akaun PASTI KAWASAN DUNGUN, Bank Islam Malaysia Berhad Nombor 13044010024773.





























