DUNGUN – Kontijen PASTI DUN Rantau Abang mengungguli Alam Ria PASTI Kawasan Dungun 2026 apabila berjaya menjulang trofi Johan Keseluruhan mengulangi kejayaan yang pernah dirangkul pada tahun lepas.
Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang menyifatkan kejayaan tersebut satu kebanggaan buat seluruh warga PASTI DUN Rantau Abang.
Menurutnya, ia adalah hasil usaha gigih anak-anak, guru-guru, ibu bapa serta para pendukung PASTI yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing generasi muda berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.


“Alam Ria bukan sekadar medan pertandingan, bahkan merupakan platform membentuk sahsiah, keberanian, kreativiti dan keyakinan diri anak-anak.
“Kemenangan adalah suatu penghargaan, namun nilai sebenar terletak pada usaha, disiplin dan akhlak mulia yang dipupuk sejak usia kecil,” ujarnya.
Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap di majlis penutup program Alam Ria PASTI Kawasan Dungun 2026 yang diadakan diadakan di Felda Kerteh Dua di sini pada 15 Ogos.
Beliau turut berpesan kepada seluruh anak-anak PASTI agar terus menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan guru, serta menjadi generasi al-Quran yang berilmu dan beramal demi agama, bangsa dan negara.


Wan Hassan turut berpesan kepada seluruh anak-anak PASTI agar terus menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan guru, serta menjadi generasi al-Quran yang berilmu dan beramal demi agama, bangsa dan negara.
“Sekalung tahniah kepada semua anak-anak PASTI yang mengambil bahagian, keberanian untuk tampil beraksi, mencuba yang terbaik serta mempamerkan bakat dan keyakinan diri merupakan kejayaan yang amat bermakna.
“Semoga PASTI Kawasan Dungun terus melahirkan generasi rabbani yang soleh, pintar, berakhlak mulia serta cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya lagi..





























