PAS Utamakan Penyatuan

86

PAS Utamakan PenyatuanOleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU- Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS) lebih mengutamakan jalan damai serta penyatuan demi kepentingan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata mengenai pendirian PAS terhadap Muafakat Nasional ataupun Perikatan Nasional itu merupakan urusan kepimpinan tertinggi parti tersebut.

“Buat masa sekarang ini, arahan kepimpinan tertinggi supaya terus kerja jaga rakyat. Ambe (saya) dengar dan taat.

“Sehingga saat dan detik ini kita bawa salam perdamaian dan penyatuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di ‘facebook’ rasminya, pada Rabu, 6 Januari.

Menjalinkan hubungan baik bagi melihat keharmonian didalam masyarakat menurut beliau merupakan Hasrat yang lebih utama.

“Anak buah ambe di DUN Jabi (telah) diarahkan menyantuni semua rakyat seperti biasa. Semua warga Jabi adalah rakyat kita. (Justeru) pakat jaga sesame kita,” ujar beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.

Oleh kerana itu, beliau memohon maaf kepada rakan-rakan media yang ingin mendapat maklum balas dari beliau mengenai pendirian PAS.

“Ambe memang mesra media dan mudah jawab soalan kawan-kawan wartawan.

“Tapi dalam isu yang heboh di Terengganu seminggu dua ini ambe tak jawab dan ulas,” tegasnya.