PAS Ucap Tahniah Kepada Ismail Haniyeh

1396

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Ismail Haniyeh, bekas Perdana Menteri Palestin di atas pelantikan beliau sebagai ketua Biro Politik HAMAS.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili semua ahli dan penyokong PAS, mendoakan keselamatan dan kesaejateraan kepada beliau dan seluruh pasukannya.

“PAS berdoa agar Ismail Haniyeh dan pasukannya untuk diberikan kekuatan, kesabaran dan pertolongan Allah dalam memimpin Hamas,

“dalam usaha berterusan untuk membebaskan Aqsa Al-Masjid dan Palestin dari genggaman Israel dan Zionis dan untuk melindungi hak-hak rakyat Palestin,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Ustaz Hadi, PAS sentiasa komited untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa.

“dan (PAS) tetap teguh dalam kepercayaan kita bahawa perjuangan ini adalah isu utama yang dihadapi oleh umat Islam dan masyarakat dunia menyeberangi sempadan geografi, perbezaan politik, golongan, kaum, bangsa dan kulit warna.

“semasa Muktamarke-63 PAS baru-baru ini pada 30 Mei, 2017 di Kota Sarang Semut, Kedah, PAS meluluskan usul untuk terus menyokong perjuangan untuk Jerusalem dan pengembaliannya,” tegas beliau.

Kenyataan beliau yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dikeluatkan semalam, Rabu 10 Mei, selepas pelantikan Ismail Haniyeh diumukan oleh pendahulunya, Khalid Meshaal, pada hujung minggu lalu.

Pelantikan ini adalah kesinambungan legasi kepimpinan Khaled Meshaal yang telah memegang jawatan itu sejak 1996.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Haniyeh telah membuat penampilan awam pertamanya di Gaza pada hari Isnin.

Beliau telah melawat ‘khemah solidariti’ menyokong ‘mogok lapar’ tahanan Palestin di pusat bandaraya Gaza.

Beliau memberikan sokongan moral kepada kira-kira 900 tahanan Palestin mengadakan kempen tersebut di penjara Israel, sejak 22 hari lalu.

“Ia satu penghormatan (kepada) saya untuk memikul tanggungjawab memimpin biro politik perjuangan yang besar dan suci ini,” Haniyeh memberitahu orang ramai.