PAS Tentang Keras URA, Orang Melayu Perlu Ambil Iktibar

76

KUALA TERENGGANU – pendirian tegas PAS menentang pelaksanaan Rancangan Kawasan Khas (URA) berpunca daripada kebimbangan terhadap masa depan tanah-tanah orang Melayu yang boleh berakhir seperti nasib rakyat Palestin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB. Dr. Riduan Mohd Nor berkata, sejarah penjajahan British di Palestin membuktikan bagaimana kuasa besar dunia itu membantu gerakan Zionis menguasai bumi para anbiya melalui penipuan dan penjualan tanah sedikit demi sedikit oleh penduduk tempatan.

“Empayar Pax Britannica Britain jadi kuasa besar dunia, luas tanah jajahan sehingga disebut matahari tidak pernah terbenam.

“Orang British menyediakan perjanjian Balfour untuk memudahkan Zionis menguasai tanah Palestin dalam keadaan orang Palestin jual tanah-tanah mereka.

“Infrastruktur dimajukan sehingga nilai tanah di Palestin berganda-ganda (sehingga) Syeikh Muhammad Amin Al-Huseini, Mufti Kerajaan Palestin buat fatwa haram jual tanah kepada Yahudi, tapi ada yang degil. Orang Melayu kena ambil iktibar,” katanya.

Beliau berkata demikikan ketika menyampaikan ceramah di Himpunan Taufan Al-Aqsa, di Dataran Khairunnisa, di sini, semalam.

Tegasnya, perlu disedari bahawa tanah adalah sumber kuasa sesuatu bangsa dan sebab itulah PAS menentang keras URA.

“Sanggup jual tanah,kerana ‘ the blue eyes mentality’ yang kagum dengan Barat dan akhir sekali lihat Zionis dengan keupayaan wang ringgit, lihat akhirnya mereka beli sedikit demi sedikit tanah di Palestin.

“Lihatlah peristiwa nakhbah Palestin pada Mei 1948, tanah Palestin bumi anbiya akhirnya terlepas kepada negara haram Israel,” tegas beliau.