PAS Sentiasa Memberi Perhatian Kepada Nelayan

1346

Kuala Nerus – PAS sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan golongan nelayan yang menghadapi kesukaran kerana tidak dapat turun ke laut, setiap kali musim tengkujuh tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim berharap, sumbangan kebajikan yang diberikan kepada mereka dapat meringankan beban kehidupan, ketika mereka tidak boleh meneruskan kegiatan, sepanjang November hingga Februari.

Beliau berkata, PAS akan tetap melaksanakan amanah Allah, walaupun wakil-wakil rakyatnya dinafikan sebarang peruntukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“PAS tidak memerlukan ucapan terima kasih tuan-tuan, tetapi kita ingin mengajak semua pihak agar bersyukur kepada Allah SWT.

“Kita mesti memulangkan kembali kepada Allah dan kami hanyalah perantara sementara yang diberikan peluang oleh Allah SWT untuk selesaikan amanah agihan ini,

“Dalam suasana wakil rakyat PAS tidak diberikan sebarang peruntukan untuk membantu rakyat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sepetang Bersama Nelayan pada Khamis 26 Januari.

Menurutnya, program yang dianjurkan bersama NGO Tepoh Care tersebut diadakan pada tiap tahun.

Katanya, kira-kira 200 orang nelayan, yang tinggal sekitar pengkalan pendaratan ikan di Mengabang Kapal, Mengabang Telung, Pengkalan Maras, Kg.Kolam, Kg.Tengah dan Kg.Tanjung Gelam, menyertai program itu.

Menyentuh tentang kehupan ‘orang ke laut’, Hishamuddin dalam ucapannya sebelum itu berkata, almarhum datuknya juga mencari rezeki dengan menangkap ikan.

“arwah datuk saya ‘Pak Lib Juruselam’…….beliau pernah karam di tengah lautan suatu ketika dahulu…… tiga hari di lautan dengan hanya bergantung pada sekeping papan meletakkan diri kita hanya kepada Allah SWT.

“Pak Dek (Tuan Haji Sidek), rakan beliau boleh mengesahkannnya……..Pak Dek berjaya sampai di pantai Kolam lebih awal berbanding arwah datuknya yang terpaksa melalui detik cemas dipukul ribut pada waktu itu,”jelasnya.

Justeru itu, beliau berharap ‘tempoh rehat’ nelayan selama beberapa bulan, dapat dimanfaatkan untuk menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.

“kami mengharapkan agar semua nelayan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menambahkan ilmu agama di surau masjid melalui kuliah-kuliah agama,’ ujar beliau