PAS Sentiasa Di Hadapan

503

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Isu Palestin adalah bukan baharu, malah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) sentiasa ke hadapan dalam menzahirkan protes ke atas kezaliman Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin.

Memandangkan dunia di selubungi pandemik Covid-19, maka satu pendekatan budaya norma baharu dalam bersolidariti dengan menghimpunkan pemimpin-pemimpin parti secara maya untuk mengingatkan rakyat Malaysia menghulur bantuan kepada saudara mereka di Palestin.

Naib Ketua PAS Dungun, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani menegaskan, bertahun-tahun PAS turun berdemotrasi membantah penganiayaan dan kezaliman Zionis terhadap umat Islam di bumi Arab serta menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

“Tetapi kali ini, sebagai pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang tidak membenarkan orang ramai berhimpun, kita buat ‘live’ dan menjadi tanggungjawab semua untuk ‘share’ supaya makin ramai yang tahu suasana di Palestin semakin ramai yang akan berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana, “jelasnya.

Ustaz Azman berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘Aid4Palastine Peringkat PAS Negeri Terengganu yang disiarkan secara langsung di HarapTV pada 16 Mel

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’Puan Hajah Zarani Othman mengajak seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira pandangan politik, budaya dan agama untuk bersatu di dalam menyatakan penentangan terhadap kekejaman Zionis Israel.

“Kerana isu yang ada ini bukan sahaja isu umat Islam tetapi isu manusia sejagat,” katanya.