Terengganu, Malaysia

PAS Kutuk Serangan Taliban

mahfuz omar

PAS mengutuk serangan puak Taliban ke atas sebuah sekolah kelolaan pihak tentera di Peshawar, Pakistan, yang telah mengorbankan 141 orang kebanyakannya kanak-kanak.

Menurut Ketua Penerangan PAS datuk Mahfuz Omar, alasan yang diberikan oleh Taliban bahawa tindakan ganas mereka itu sebagai membalas serangan tentera Pakistan tidak boleh diteima.

“Sama ada dari sudut Islam mahupun kemanusiaan ia adalah salah. Islam tidak mengajar untuk membalas dendam dengan membunuh orang awam,

“lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang menuntut ilmu yang menjadi kewajipan dalam kehidupan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Katanya, krisis keganasan di Pakistan yang sudah berlarutan begitu lama adalah berpunca daripada sikap kedua-dua pihak terlibat konflik tersebut, yang mengambil jalan kekerasan dan keganasan sebagai jalan penyelesaian.

Akhirnya, Ahli Parlimen itu berkata, orang awam yang menjadi mangsa bahkan puluhan ribu rakyat Pakistan telah menjadi korban sejak keganasan tercetus kira-kira 15 tahun yang lalu.

Beliau menegaskan, tekanan Amerika ke atas kerajaan Pakistan untuk menyertai kempen Amerika terhadap pengganas turut menyumbang kepada masalah ini.

“puak Taliban pula mahu menegakkan regim berasaskan agama dengan cara kekerasan bukan melalui jalan damai dan demokrasi. 

“Usaha perlu dibuat oleh organisasi umat Islam seperti OIC untuk menghentikan keganasan sebegini yang hanya merugikan umat Islam,”jelasnya.

Beliau menambah, keganasan yang berlaku saban hari menghalang generasi mendatang untuk mengecapi satu kehidupan yang bermakna.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan