PAS Dungun lancar Baitul Muslim

1200

Pelancaran itu yang dilakukan oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu bersempena mesyuarat agung tahunan PAS kawasan kali ke-50 yang diadakan di Madrasah Darul Bayan, Paka, 8 Mei lepas.|

Ketua Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Muslimat PAS Dungun Kimrufirdaus Hassan berkata Unit itu dikendalikan oleh Lajnah dan Kepimpinan PAS kawasan dengan kerjasama Sekretariat Dewan Pemuda dan muslimat kawasan.

Beliau berharap unit itu mendapat sokongan anak-anak ahli dan penyokong PAS yang belum berkahwin supaya mendaftar.

Katanya, pendaftaran adalah secara terbuka dan pihaknya juga mengambil peranan secara umum untuk memastikan mereka bertemu jodoh di kalangan anggota jemaah.

“Pihak kami sedia mengadakan program untuk memberikan kefahaman Islam kepada mereka selain mengatur jodoh di antara mereka,” ujarnya.