PAS Bersedia Hadapi Senario Politik Baharu

180

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – PAS bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan mendepani senario politik norma baharu, setelah negara melepasi era pandemik Covid-19.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, jentera pilihan raya DUN tersebut sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Memandangkan kempen kita nanti menerusi media sosial, jentera Penerangan DUN perlu sentiasa aktif untuk menyebar luaskan inisiatif kerajaan untuk kebaikan rakyat, sekaligus menjawab tohmahan tidak benar terhadap kerajaan PAS Terengganu.

” Disamping itu kerja-kerja kebajikan, bersama masyarakat tidak boleh ditinggalkan dan hendaklah dipertingkatkan agar tidak ada rakyat yang dalam kesusahan, “katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Pesuruhjayanya, Dato Ustaz Husain Awang ketika menutup program Ijtimak PAS Terengganu secara maya yang diadakan pada Sabtu 25 September.

Ustaz Husain berkata, norma baharu dijangka memberi kesan kepada PAS pada sisi politik dan juga dari sudut operasinya.

“Norma baharu politik iaitu kita bertanding
kemungkinan terjadi ialah apabila semua parti di dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo dan lambang yang sama iaitu logo atau lambang Barisan Nasional (BN).

“PAS tiada dosa kepada negara dan kepada rakyat, PAS mentadbir dan memerintah negeri dengan kekangan bajet. dan tekanan politik yang dialami terus mampu membangun dan memajukan negeri menjadi tonggak keyakinan rakyat dengan sudah 90 peratus janji manifesto PRU14 sudah ditunaikan, ” katanya.

Ijtimak PAS Terengganu secara atas talian itu telah mengumpulkan seramai 3000 orang peserta dari seluruh Terengganu.