PAS Batu Rakit Gotong Royong Tanda Prihatin

1613

BATU RAKIT – Ahli Jawatankuasa dan para petugas PAS, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit meneruskan usaha murni bergotong-royong bagi meringankan beban seorang warga kampung Darat Batu Rakit.

IMG-20151106-WA0134Menurut Pengerusinya Ustaz Nazri Abdul Manaf, muafakat dan prihatin PAS serta masyarakat setempat telah mengumpulkan sedikit kewangan bagi membeli atap dan disumbangkan kepada Puan Shazila Sabri.

Katanya, sebahagian rumah Shazila telah rosak akibat di rempuh oleh sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku Sabtu lalu.

“pagi ni kita turun gotong royong menandakan prihatin kita terhadap (mangsa) kemalangan baru-baru ini…….lori langgar sebahagian pagar dan dapur,

“jadi kita bergotong royong untuk membetulkan atap dan membersihkan kawasan (rumahnya),”ujarnya ketika di temui di rumah Shazila di Kampung Darat Batu Rakit, pada Jumaat 6 November.

IMG-20151106-WA0108Ekoran kejadian itu, Shazila mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila lori ikan terbabas melanggar rumahnya yang terletak hampir dengan jalan raya.

Kerosakan membabitkan pagar besi, tiang batu, dapur dan garaj, serta sebuah kereta ‘Viva’ miliknya.
Ustaz Nazri berkata, kegiatan seumpama itu sentiasa dilakukan pihak beliau, melihat kepada keperluan penduduk.

“kita sentiasa melihat keperluan penduduk (yang) memerlukan (khidat) bantuan kita dan gotong royong,
“program sebegini selalu kita buat dalam DUN (Batu Rakit) kita,”katanya yang menambah, gotong royong yang dibuat semalam disertai oleh para petugas dari Unit Peti Undi Darat Batu Rakit dan Unit Amal DUN.

IMG-20151106-WA0129Puan Shazila yang ditemui mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada PAS kerana membantu beliau.

“………kak ucap terima kasih pada yang hadir (gotong royong pada) hari ni untuk menyiapkan atap rumah kak,” katanya dengan nada cukup gembira.

Menurutnya, ia adalah kerja pembaikian yang pertama dibuat setelah hampir seminggu kejadian itu berlaku.

Beliau kesal kerana tidak ada sesiapa dari mana-mana ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau dari pihak wakil rakyat yang datang bertanyakan khabar beliau, walaupun mereka tahu kemalangan yang menimpa dirinya.

https://youtu.be/tFvOQPQy1VQ