Parti Islam Maghribi, PJD Menang Pilihan Raya Parlimen

1442

Parti Islam Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) telah muncul sebagai pemenang pada pilihan raya Parlimen yang ke-10 sejak kemerdekaan pada tahun 1956, yang diadakan pada Jumaat 7 Oktober.

Menurut keputusan rasmi, PJD yang telah menjadi kerajaan campuran sejak 2011, memenangi 125 kerusi, manakala pembangkang, Parti Kesahihan dan Parti Kemodenan (PAM) menduduki tempat kedua dengan 102 kerusi.

Kementerian dalam negeri mengeluarkan kenyataan demikian pada hari Sabtu selepas semua undi telah dikira.

pjd1Parti-parti lain yang lebih kecil berkongsi 138 kerusi lain ddari seluruh parlimen 395 kerusi perlimen Maghribi.

Parti Istiqlal Party (Kemerdekaan) yang merupakan parti tertua di negara itu, menuduki tempat ketiga dengan memenangi 46 kerusi, diikuti dengan Parti Rali Negara Bebas (RNI) dengan 37 kerusi, dan Pergerakan Popular (MP) 27 kerusi.

Menurut syarat-syarat perlembagaan baru, yang diluluskan pada tahun 2011 selepas kebangkitan ‘Spring Arab’, pihak yang menang akan mengetuai kerajaan campuran.

Raja akan melantik seorang Perdana Menteri dari parti terbesar di Parlimen selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Pilihan raya perundangan terakhir telah diadakan pada November 2011 yang juga dimenangi oleh parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) di tempat pertama.

Screenshot (62)Kemenangan itu disifatkan sebagai mesej yang kuat menyokong PJD, walaupun pembangkang mengkritik PJD yang memerintah sejak lima tahun lalu gagal membawa sebarang perubahan.

“Ini adalah hari kegembiraan dan kemenangan bagi demokrasi,” kata Setiausaha Agung PJD Abdelilah Benkirane, memberitahu penyokongnya selepas pengumuman keputusan.

“Rakyat Maghribi membalas PJD untuk kerja-kerja yang kita lakukan dalam jangka masa sebelum ini,” katanya.

Jurucakap PAM Khaled Adnoun berkata beliau gembira dengan keputusan pilihan raya dan menolak sebarang kerjasama dengan PJD.

“Kami gembira dengan keputusan, walaupun kita telah menjangkakan untuk merebut lebih banyak kerusi. Walau bagaimanapun, kami melakukan lebih baik kali ini berbanding pada tahun 2011,” kata Adnoun.