Beberapa menteri dan pegawai-pegawai perisikan ‘kerajaan Yaman dalam buangan’ kini telah tiba di Aden untuk kali pertama sejak pemberontak Houthi menawan bandarpelabuhan selatan itu.
Mereka tiba dengan helikopter dari negara jiran Arab Saudi, pada hari Khamis, sehari selepas pasukan yang setia kepada kerajaan berjaya menawan semula Aden dari militan Houthi serta sekutunya penyokong bekas presiden Ali Abdullah Salleh.
“[Presiden dalam buangan] Abd-Rabbu Mansour Hadi mewakilkan kumpulan ini untuk kembali ke Aden untuk bekerja bagi menyediakan keadaan keselamatan dan memastikan kestabilan mendahului kebangkitan semula institusi negeri di Aden,” salah seorang pegawai memberitahu agensi berita Reuters.
Pada hari Rabu, pejuang Kebangkitan Popular Militia di Selatan yang menjadi tulang belakang sokongan kepada Hadi telah berjaya menawan semula ibu pejabat kerajaan wilayah di daerah Mualla yang bertentangan dengan pelabuhan komersial utama di Aden.
Jurucakap tentera Ali al-Ahmadi, memberitahu agensi berita AFP, mereka turut mara di daerah Kawah Aden, di mana terletaknya istana presiden.
Pejuang pro-kerajaan memasuki pelabuhan kecil komersial di Mualla, berhampiran pelabuhan utama yang gagal ditawan pemberontak.
Ketua operasi tentera pro-kerajaan utama di barat Aden Fadhl al-Hasan memberitahu, pasukannya juga telah menguasai jalan pantai menghadap Bab e-Mandib, selat yang strategik, antara Yaman dan Djibouti.
Para pejuang pro kerajaan juga sedang bergerak diatas jalan yang menghubungkan Aden ke bandar yang dikuasai pemberontak, Mocha berhampiran Bab el-Mandeb.
“Para pejuang sedang berada di pintu kota Mocha,” kata Hasan dan menambah, jalan itu digunakan oleh bala tentera pemberontak untuk tiba dari bandar-bandar utara di bawah kawalan mereka.
Sehari sebelum ini, Pasukan Kebangkitan Popular Rakyat Yaman , disokong oleh tentera bantuan yang baru dilatih yang dilengkapi di Arab Saudi, telah merampas semula lapangan terbang dan mengepung bandar diplomatik Khormaksar.
Pemberontak yang berundur melepaskan tembakan roket Katyusha ke daerah kediaman di utara dan timur Aden dan meletupkan sebuah tangki simpanan di kilang penapis minyak di Aden
Ketua Jabatan Kesihatan bandar Aden Al-Khader Laswar berkata, sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh dan 105 cedera.










