Pakatan Saudi Umpama Memerangi Umat Islam – Warga Yaman

939

Oleh : Solahuddin al-Idrusi

Sana’a, YAMAN – Kehidupan warga Yaman di bandaraya ini semakin tertekan kerana konflik yang melanda apabila bekalan keperluan utama semakin berkurangan.

Tinjauan yang dibuat semalam mendapati, bekalan barangan makanan dan minyak untuk kenderaan adalah antara barangan perlu yang sukar untuk didapati.

Rata-rata dikawasan yang ditinjaui semalam iaitu sekitar Haddah, Mazbah, Jalan 60 dan Syumailah, ratusan kenderan berasak-asak menunggu giliran untuk mendapat bekalan bahan api itu dari stesyen minyak.

Hampir sejauh 2 kolometer kenderaan berderet dan bersusun menghampiri stesyen minyak, untuk mendapatkan bekalan masing-masing.

https://youtu.be/YFWyrHUsNYg

Penduduk tempatan, Abdul Hamid Ali berkata, rakyat Yaman mahukan kerajaan menyalurkan keperluan asasi untuk mereka.

“Kami hanya mahukan kerajaan menyalurkan kembali keperluan asasi untuk kami seperti petrol, gas dan makanan,”
ujarnya ketika ditemui.

Puluhan kenderaan berat pula juga didapati beratur menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan dikawasan pembekalan industri pemakanan.

Beliau berkata, keadaan tersebut menjadikan anggapan rakyat Yaman, bahawa tentera Arab Saudi dan pakatannya sedang memerangi umat Islam sendiri.

“sekarang…….. (arab) Saudi seumpama memerangi orang Islam (di sini),”tambah beliau

“Saudi memerangi orang Islam……..kami mahu hentikan masalah ini dan hentikan peperangan ” Ujar beliau ketika ditemui sedang menunggu giliran untuk membeli petrol di sini.