Pak Samad Mahu Pemimpin Isytihar Harta Awal Dan Akhir

1020
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/paksamad1.jpg

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad berkata perbuatan tersebut amat wajar dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik terutama pihak pemerintah yang berkuasa.

Namun, katanya tindakan mengistihar harta tersebut bukan sahaja diperingkat awal tetapi juga setelah meninggalkan jawatan serta kerajaan.

“Itu memang wajar dilakukan (istihar), dulu pun sebenarnya…pemimpin yang dahulu mengistiharkan. Dia cuma istihar sahajalah, akhirnya…‘gelap’.

“Kita (rakyat) mahu dia (pemimpin) tidak sahaja istiharkan hasil atau pun hartanya yang ada, tapi bila berhenti dia harus umumkan juga (harta) dan kita (rakyat) boleh mengetahui ‘waras’ (betul) atau tidaknya harta yang dikumpulkan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-53, di Dewan Jubli Perak MPKB, Bandaraya Islam Kelantan, 14 November lalu.

Ketika ditanya pendapatnya terhadap pemimpin Umno-BN yang turut bersedia bersetuju mengistiharkan harta masing-masing, Pak Samad dengan tegas mahu perkara itu dilakukan pada awal dan akhir.

Menurutnya, harta setiap pemimpin itu perlu diistiharkan sebelum dan selepas menjadi kerajaan yang memerintah negeri atau negara.

“Jika tidak silap dua tiga hari ini mereka (pemimpin Umno-BN) pun mengumumkan begitu (setuju) tetapi bagi saya ini bukan sesuatu yang baru untuk Barisan Nasional. Dulu juga (mahu) diumumkan tapi mula sajalah… ‘ekornya’ (akhirnya) biasanya didiamkan.

“(Apa) yang penting ialah apabila kita (pemimpin) umumkan sekarang, kita (rakyat) hendak tahu juga dalam jangka masa berapa tahun itu, adakah waras (betul) atau tidak hasil atau harta yang dikumpulkan itu.

“Umumkan saya bersetuju tapi mesti ada akhirnya, jangan umumkan sahaja… semua orang hendak umumkan dan tidak ramai yang setuju hendak umumkan hasil akhirnya itu.

“Awalnya setuju umumkan sebab, awalnya sedikitkan tapi akhirnya agak banyak dan boleh membuat kita (rakyat) berfikir bagaimana dia (pemimpin) menghimpunkan hartanya waras atau tidak dalam jangka masa dia itu memerintah,” ujarnya.
Sebelum itu,  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan komitmen beliau dan pemimpin PAS untuk mengisytihar harta masing-masing menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan perasmiannya sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat di hadapan kira-kira 1000 perwakilan dan pemerhati, beliau beriltizam mahu mengisytihar hartanya sebagai satu contoh perubahan yang harus dimulakannya selaku Timbalan Presiden PAS.

Cadangan pemuda ini disokong oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob.