Oleh : ZM
KUALA NERUS – Semua petugas, ahli dan para penyokong PAS digesa memacu kerja-kerja untuk menjana kemenangan pada pilihan raya ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, gerak kerja memenangi hati dan minda rakyat perlu dilipat gandakan bagi memastikan PAS mencapai kejayaan.
Katanya, hanya dengan kemenangan PAS dapat memperbaiki kepincangan yang melanda kerajaan negeri dan pusat yang ditadbir oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
“cara pentadbiran kerajaan BN sekarang banyak memberi penekanan pada rakyat marhaen, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari,
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) di Surau Kampung Pak Katak di sini, pada Jumaat 5 Mei.
Beliau yang juga anggota Dewan Ulama PAS menegaskan, GST yang dkenakan kepada orang awam, termasuk keatas orang miskin dan dhaif adalah ‘haram’.
Katanya, rakyat tidak boleh memaafkan kesilapan tersebut kerana ia telah memberi kesan yang teruk kepada kehidupan seharian.
Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat agar menolak Umno-BN pada pilihanraya akan datang.
Beliau berkata, ketidakadilan akan terus berlaku, sekiranya BN masih lagi dikekalkan dan Umno terus berkuasa mentadbir negara selepas PRU14.
Turut hadir dan berucap pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak.