‘Opie Panji’ kembali ke Rahmatullah.

4332

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Mohd Rafi Ibrahim atau yang dikenali sebagai ‘Opie’ vokalis utama kumpulan Panji telah kembali ke Rahmatullah.

Penyanyi kelahiran Felda Jerangau itu yang merupakan anak peneroka cukup popular pada era awam Tahun 90-an.

Antara lagunya yang cukup popular menerusi Album Rock Kemenyan dengan lagu Semulir, Maizo, dan kasih yang tak pasti cukup menjadi Fenomena pada ketika itu.

Kumpulan Panji

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Pahang.

Jenazahnya dibawa pulang pada pagi ini untuk disemadikan di tanah perkuburan Felda Jerangau pada pagi ini.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.