Pemimpin kanan Hamas, Khalid Meshaal memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel Bejamin Netanyahu jangan ‘bermain dengan api’ dengan membuat tuduhan melulu, bahawa beliau dan Hamas yang bertanggungjawab terhadap kematian lima Israel dalam serangan ke atas rumah ibadat di Barat Jerusalem bulan lepas.
Dalam wawancara dengan sebuah stesyen televisyen United Kingdom yang disiarkan pada semalam, Jumaat, Khalid berkata ia akan akan membawa kepada ‘huru-hara’ dan ‘pertumpahan darah’ di rantau ini jika ia tetap tidak dapat diselesaikan.
“Kami memberi amaran terhadap membiarkan isu Palestin tanpa penyelesaian dan pelucutan harapan rakyat Palestin.”tambah Khalid
Bercakap mengenai serangan baru-baru ini yang menggegarkan Jerusalem dan ketegangan di Masjid Al-Aqsa, beliau menuduh Netanyahu ke atas kebangkitan keganasan yang berlaku.
“Untuk setiap tindakan ada reaksi. Tindakan pendudukan (penduduk haram) mensasarkan tapaksuci bagai umat Islam dan Kristian di Jerusalem dan Palestin,
“dan secara khusus Masjid Al Aqsa, (akan) membawa reaksi Palestin yang marah.”


“Usaha kami adalah perjuangan kebangsaan (menuntut tanah air), tetapi Netanyahu menjadikannya perjuangan agama. Beliau memikul tanggungjawab untuk akibat apa yang berlaku.”ujarnya
Beliau berkata Hamas adalah komited untuk perdamaian dengan kumpulan Fatah yang terdiri daripada kerajaan Presiden Mahmoud Abbas dan berkata ia adalah satu keperluan negara.
Beliau juga mengalu-alukan undi simbolik yang berlaku di Parlimen British menyokong mengiktiraf sebuah negara Palestin, dan menyifatkan usaha warga Palestin dihargai dan langkah ahli parlimen itu sebagai perkembangan yang sangat baik .
Sementara itu, puluhan rakyat Palestin pada hari Jumaat lemas dan sesak nafas apabila pasukan tentera Israel menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan membantah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.
Sebuah NGO melaporkan, tentera Israel telah melepaskan bom tangan ‘stun’ (stun gerande) dan gas pemedih mata untuk menyuraikan warga Palestin membantah pembinaan penempatan haram Yahudi dan tembok pemisah Israel.
Warga Palestin mengadakan protes setiap minggu pada hari Jumaat secara berterusan terhadap bangunan penempatan Israel dan tembok pemisah, yang mengasingkan sebahagian besar wilayah Palestin.
Perhimpunan mingguan biasanya tersebar dengan kekerasan oleh tentera Israel.
Menurut pihak berkuasa Palestin di Ramallah, tembok pemisah berkesan memisahkan kira-kira 50,000 penduduk Palestin di Timur Baitulmuqaddis dari pusat bandar.





























