Terengganu, Malaysia

Muslim AS Dalam Ketakutan, Bimbang

california shoot out

Komuniti Muslim dan Arab di Amerika Syarikat (AS) berada dalam ketakutan dan bimbang dengan serangan balas terhadap mereka susulan kejadian tembak beramai-ramai di sebuah majlis sosial di California, Rabu lalu.

Serangan tersebut didakwa didalangi pasangan Muslim dan telah mengorbankan 14 orang.

“Sudah tentu timbulnya ketakutan dan kebimbangan mengenai serangan balas terhadap masyarakat Islam. Namun sehingga kini, kami belum terima apa-apa laporan mengenainya,” kata Pengarah Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika, Abed Ayoub semalam.

us muslimDalam kejadian yang menggemparkan AS pada Rabu lalu, polis mengenal pasti penyerang sebagai Syed Farook, 28 dan isterinya Tashfeen Malik, 27.

“Situasi ketika ini terkawal, namun saya mengingatkan agar komuniti Muslim sentiasa berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menegaskan masih terlalu awal untuk mengaitkan serangan di Inland Regional Centre itu sebagai serangan pengganas.

Enam wanita dan lapan lelaki adalah mangsa yang terkorban dalam kejadian tembakan tersebut, umum pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Mangsa paling muda dalam kejadian tembakan yang dilepaskan pasangan suami isteri di bandar San Bernardino, semalam berusia 26 tahun, manakala mangsa paling tua berusia 60 tahun.

“Kejadian tembakan ini menyebabkan setiap ahli keluarga mangsa, sahabat handai, teman sekerja dan mereka yang rapat dengan mereka mengalami masalah emosi,” kata Ketua Sheriff San Bernardino, John McMahon.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan