Muktamar PAS Ke -72: DHPP Mahu Suara Bukan Islam Terus Diperkasakan

4

KUALA TERENGGANU — Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) berharap Muktamar PAS kali ini dapat dan memperkukuhkan peranan serta kedudukan masyarakat bukan Islam dalam struktur dan gerak kerja parti itu.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, Muktamar PAS bukan sahaja menjadi medan menilai perjalanan parti, malah penting bagi memperkukuhkan kesatuan dan menetapkan hala tuju perjuangan dalam menghadapi cabaran politik semasa serta masa hadapan.

Menurut beliau, DHPP mahu pendekatan PAS sebagai sebuah parti yang mampu menaungi seluruh lapisan masyarakat, termasuk masyarakat bukan Islam, terus diperkasakan.

“Dengan kedudukan DHPP yang kini semakin diperkasakan dalam struktur parti selaku ahli bersekutu, kita berharap suara, peranan dan potensi DHPP terus diberikan ruang yang sewajarnya,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, kerjasama antara semua dewan, kepimpinan negeri, kawasan dan DHPP juga perlu diperkukuhkan secara berterusan dan tidak hanya digerakkan ketika musim pilihan raya.

Katanya, DHPP mempunyai kekuatan tersendiri dalam mendekati masyarakat bukan Islam dan perlu diberikan bimbingan serta peluang untuk berkembang bersama keluarga besar PAS.

“Kita juga menyarankan agar kerjasama antara semua dewan, kepimpinan negeri, kawasan serta DHPP diperkukuhkan, bukan hanya ketika pilihan raya tetapi dalam gerak kerja sepanjang masa.

“DHPP mempunyai kekuatan tersendiri dalam mendekati masyarakat bukan Islam dan perlu dibimbing serta diberikan peluang untuk berkembang bersama keluarga besar PAS,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Balachandran berharap Muktamar PAS menghasilkan keputusan yang bukan sahaja memperkukuhkan parti dari aspek organisasi dan politik, malah memperlihatkan PAS sebagai sebuah gerakan yang membawa keadilan, kestabilan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Bagi DHPP, kita berharap Muktamar kali ini dapat terus memperkukuhkan pendekatan PAS sebagai sebuah parti yang mampu menaungi seluruh lapisan masyarakat, termasuk masyarakat bukan Islam.

“Dengan kedudukan DHPP yang kini semakin diperkasakan dalam struktur parti, kita berharap suara, peranan dan potensi DHPP terus diberikan ruang yang sewajarnya,” tambah beliau lagi.

Justeru itu, beliau berharap Muktamar ini melahirkan keputusan yang bukan sahaja memperkukuhkan PAS dari sudut organisasi dan politik.

“Tetapi turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah gerakan yang membawa keadilan, kestabilan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” tambah beliau.