Selepas tewas tiga kali dalam pilihanaraya presiden, Muhammadu Buhari, bekas pemerintah tentera, telah menang jawatan tertinggi Nigeria.
Beliau seorang Sunni Muslim berusia 73 tahun akhirnya berjaya setelah membuat percubaab sejak tahun 2003.
Pada tahun 2011, Muhammadu menangis teresak-esak secara terbuka selepas kalah pilihan raya umum pada ketika itu.
Dalam satu kenyataan pada petang Selasa, Muhammadu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Nigeria yang memilih beliau dan beliau ahli parti Kongres progresif (APC).
Penyandang Presiden Jonathan Goodluck, bagi pihaknya, telah menelefon Buhari untuk mengucapkan tahniah kepada beliau kerana memenangi pungutan yang sengit itu.
“(bekas) Presiden telah menelefon Muhammadu Buhari untuk mengucapkan tahniah kepada beliau tepat pada jam 17:15,” kata jurucakapnya Garba Shenu.
Pilihan raya presiden kali ini telah digambarkan sebagai yang paling sukar sejak negara itu kembali ke pemerintahan awam kira-kira 16 tahun lalu, susulan selepas dekad pemerintahan diktator ketenteraan.
Muhammadu dilahirkan pada tahun 1942, telah bertugas dalam tentera sebagai Leftenan Muda pada tahun 1963. Beliau sejak itu, telah berkhidmat dalam pelbagai pangkat, termasuk ketika beliau menjadi gabenor di wilayah bergolak, di timur laut Nigeria.
Jawatan utama yang pernah disandang beliau ialah Ketua tentera yang mengepalai negara di antara tahun 1983 dan 1985, berikutan penyingkiran rejim awam pada masa itu.
Beliau meletakkan had ke atas peraturan sivil pada tahun 1983 apabila beliau menggulingkan rejim awam yang dilihat sebagai rasuah dan tidak cekap.
Namun begitu, beliau digulingkan 18 bulan kemudian dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah oleh ketua tenteranya sendiri, Ibrahim Babangida, yang kemudian memerintah Nigeria sehingga 1993.
Muhammadu dilahirkan di bandar Daura di barat laut negeri Katsina, adalah disayangi dan juga dibenci oleh pelbagai lapisan masyarakat Nigeria.
Beliau menghadapi beberapa tuduhan, kerana sikap kerasnya memerangi rasuah termasuk tuduhan kelakuan zalim sebagai diktator tentera dimana di bawah pemerintahannya terdapat Kawalan ketat ke atas media dan kebebasan bersuara.
Pada tahun 2013, kumpulan militant Boko Haram menawarkan untuk berunding senganya, namun dirolak mentah-mentah.
Beliau sangat terkenal kerana mengkritik keras pemberontakan Boko Haram sehingga beliau telah disasarkan pada tahun 2014, sebagai percubaan pembunuhan oleh kumpulan militant itu.
Muhammad telah berjaya meredakan kebimbangan umum mengenai latar belakangnya sebagai seorang ‘diktator’, menjadi seorang demokrat.
Kerana tuduhan sebagai seorang fundamentalis Islam dan rekod pemerintahan diktator tersebut telah menggagalkan cubaa beliau bertanding calon presiden sebelum ini terutamanya warga paling selatan, yang kebanyakannya Kristian.
Daripada semua bekas pemerintah tentera Nigeria, Muhammad Buhari adalah satu-satunya yang tidak menggalakkan dirinya memakai pangkat yang agung penuh dengan bintang kehormatan.
Beliau dihormati sebagai negarawan apabila menolak faedah kewangan yang kebiasaan diberikan kepada bekas-bekas pemerintah Nigeria, dan dilaporkan meminta Kementerian Kewangan untuk memotong gaji bulanannya (pencen) sebagai bekas pemerintah tentera.
Muhammadu Buhari disebut-sebut oleh para penyokongnya sebagai “calon terbaik untuk perubahan” yang menjadi slogan kempen partinya sebagai pembangkang negara itu.
Rekod beliau sebagai bekas komander tentera membantu menghapuskan pemberontakan Maitatsine yang hampir serupa dengan Boko Haram, telah merangsang penilaian umum terhadap beliau menjelang pilihan raya presiden 28 Mac lalu.
Kebanyakan pra-tinjauan kaji selidik yang membuat kiraan pendapat dalam talian, telah mencadangkan bahawa beliau akan memenangi pilihan raya.