Presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Morsi merupakan pemain penting dalam menaja gencatan senjata terhadap perang yang berlaku antara Israel dengan Hamas di Gaza pada tahun 2012.
Dalam keadaan Gaza kini diserang lagi oleh rejim, Morsi walaupun berada di dalam tahanan terus melaungkan sokongan terhadap umat Islam di Gaza dalam menghadapi zionis Israel.
Sebaik beliau melangkah masuk ke dalam mahkamah, Morsi mula melaungkan solidariti beliau terhadap perjuangan umat Islam Gaza dan mengajak rakan-rakan tertuduh lain bersama menyatakan sokongan.


Morsi dan 130 yang lain didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika revolusi menjatuhkan diktator Hosni Mubarak sedang memuncak.
Hakim dilaporkan menangguhkan perbicaraan untuk mendengar pengakuan beberapa lagi saksi pendakwaan.
Morsi, presiden secara bebas dipilih Mesir yang digulingkan oleh tentera pada musim panas lalu hanya didakwa dengan hadir ke mahkamah bersama 26 defendan lain.
Baki yang menghadapi tududhan yang didakwa dengan tanpa hadir ke mahkamah kerana tidak dapat ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.





























