KAHERAH – Presiden Mesir yang digulingkan Mesir Mohamed Morsi menggesa para penyokong demokrasi meneruskan ‘revolusi aman’ mereka, semasa perbicaraannya berlangsung atas tuduhan yang berkaitan dengan pecah keluar penjara dan serangan ke atas polis.
Morsi muncul di mahkamah pada hari Sabtu dalam kes yang melibatkan beliau dan 130 orang lain lebih dituduh memecah penjara yang dibebaskan kira 20,000 penghuniya semasa pemberontakan rakyat Mesir sedang berlagsung selama 18 hari pada tahun 2011, menggulingkan diktator Hosni Mubarak.


Para peyokong demokrasi dan pergerakan Ikhwan al-Muslimin masih meneruskan protes mingguan walaupun tindakan keras yang telah diambil pemerintah kudeta Mesir, membunuh ribuan orang sejak tentera menggulingkan beliau pada bulan Julai.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan itu, salah satu daripada empat perbicaraan yang dihadapi oleh Morsi, sehingga 24 Februari.
Presiden digulingkan dan 19 suspek lain dituduh memecahkan penjara dan 130 orang yang lain termasuk ahli-ahli kumpulan Hamas di Palestin dan Hizbullah Lubnan turut dikenakan tuduhan dalam kes ini, dan dibicarakan tanpa kehadiran mereka.
Morsi sendiri telah dibebaskan dalam ‘pemecahan’ penjara yang disertai dengan kegawatan pada tahun 2011 dimana berlaku revolusi Mesir sebelum beliau menjadi presiden pertama negara Mesir dipilih secara bebas dan demokrasi setahun kemudian.





























