KUALA TERENGGANU – Paras air dibeberapa sungai utama Teregganu meningkat berikutan hujan lebat yang turun sejak hari Khamis lalu.
Monsun timur laut sudah bermula sejak dua hari lalu pada 10 November 2016 dan Jabatan Meteorologi menjangka, ia akan berterusan sehingga bulan Mac Mac 2017.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Banjir PAS Terengganu, hujan yang mula turun mencurah-curah menandakan bermulanya Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu.


“Belajar dari pengalaman banjir yang melanda Terengganu pada 2013 dan 2014, jentera kita dipersiapkan dengan lebih mantap,
“dan bersedia dengan pengalaman mahal yang telah dikutip di lapangan. Sebenarnya kita telah mempersiapkan jentera dengan rapi dari tahun 2015 lagi walaupun banjir tak berlaku,”ujarnya
Katanya, persiapan kita juga merangkumi tugasan pasca banjir meliputi operasi pembersihan, pemulihan dan pembaikian.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau dalam kenyataannya hari Khamis berkata, negara dijangka mengalami sekitar 4-5 episod hujan lebat yang menyeluruh selama 3-5 hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-begeri di pantai timur semenanjung dan barat sarawak.
Sehubungan itu, hujan yang turun dengan lepas sejak Khamis di beberapa daerah di negeri Terengganu telah menyebabkan aras beberapa batang sungai meningkat.


Dua lokasi di Besut, di jambatan Keruak dan Kampung La masing-masing mengalami peningkatan sebanyak dua dan 0.4 meter, melepasi paras biasa.
Sungai Setiu pula mengalami kenaikan sebanyak 1.3 meter dan sungai Nerus di Langkap meningkat sebanyak 1.14 meter.
Sungai Terengganu di kampong Menerung air telah meningkat sebanyak 0.11 meter dan sungai Dungun di kampung Pasir Raja naik sebanyak 0.68 meter.
Namun paras air di kesemua sungai terbabit masih dibawah paras bahaya yang merbahaya.




























