Mohamed Badie, Beltagi Diserang Anggota Keselamatan

889

Sebuah kumpualn hak asasi manusia Mesir mendakwa, Musyidul Am Ikhwan al-Muslimin Mesir, Mohamed Badie, telah diserang oleh pasukan keselamatan semasa sesi perbicaraan di mahkamah tentera baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Penyelarasan Hak dan Kebebasan Mesir (ECRF), sebuah badan bukan kerajaan, berkata pasukan keselamatan telah menyerang Badie bersama-sama dengan Mohamed Beltagi, seorang pemimpin kanan Ikhwan yang lain, semasa sesi pada 19 September di mana kedua-dua menghadapi tuduhan keganasan.

Menurut aduan yang dibuat oleh keluarga kedua-dua pemimpin itu, seorang pegawai keselamatan telah melemparkan secawan air kepada pada Beltagi semasa prosiding perbicaraan.

mohammedbadie“Apabila Badie cuba untuk campur tangan, dia dipukul oleh pegawai, digari, dan dihumban ke dalam kenderaan polis,”menurut ECRF.

Seorang lagi pemimpin Ikhwan turut dipukul apabila dia juga cuba untuk campur tangan, kata kumpulan hak asasi itu lagi.

Ikhwan al-Muslimin, bagi pihaknya, masih belum mengesahkan dakwaan.

Sejak pertengahan 2013, apabila Mohamed Morsi, presiden pertama dipilih secara bebas di Mesir, digulingkan oleh tentera, Ikhwan telah menjadi sasaran tindakan keras keras oleh pihak berkuasa Mesir.

Tindakan seumpamanya masih berterusan dan telah menyaksikan beratus-ratus ahli Ikhwan terbunuh dan puluhan ribu di penjara.

Berikutan penyingkiran Morsi, Ikhwan telah dilabelkan sebagai “organisasi pengganas” oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh bekas tentera merampas kuasa itu, al-Sisi