Misi Kemanusiaan; Timbalan Perdana Menteri Nepal Ucap Terima Kasih

1904

KATHMANDU, Nepal – Kerajaan Nepal menghargai kehadiran Delegasi Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang kini berada di negara terbabit bencana ini, sejak 6 April lalu.

Timbalan Perdana Menterinya, Prakash Man Singh mengucapkan terima kasih kepada Delegasi Yayasan Amal Malaysia yang membantu warga Nepal menghadapi bencana gempa bumi dan krisis yang diamalmi kini.

Petugas Islami Sangh Nepal memberikan taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri Nepal Prakash Man Singh sambil di perhatikan oleh Aktivis Yayasan Amal Abdul Hamid SemanBeliau yang Menteri Pembangunan Tempatan dan Persekutuan adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Kathmandu-1, ditengah-tengah ibu negara Nepal.

Prakash yang lalu di bulatan berhampiran kawasan Maitighar di sini singgah dan menjenguk ‘khidmat sosial’ yang sedang diberikan oleh sukarelawan Yayasan Amal menyantuni para penduduk yang berpindah dari rumah mereka dan terpaksa berkhemah di situ.

“saya ucap terima kasih atas keprihatinan tuan-tuan terhadap warga Nepal dan membantu kami ketika (kami) sedang menghadapi krisis masakini,”ujarnya.

Seramai 16 orang aktivis dan sukarelawan telah mengagih-agihkan mekanan ringan dan roti kepada memberikan khidmat rawatan perubatan menyantuni para penduduk yang berkhemah di bulatan itu.

Mereka terpaksa tinggal di situ kerana rumah-rumah mereka samada telah musnah, rosak atau tidak selamat lagi untuk didiami ekoran digegar gempa bumi sebanyak tiga kali sejak 25 April lalu.

20150515_091524Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abd Rani Osman menjelaskan, misi bantuan Yayasan Amal ke Nepal adalah sebahagian daripada misi-misi bantuan kemanusiaan yang telah dilaksanakan ke seluruh dunia.

Katanya, ia turut di laksanakan di negara itu, walaupun negara ini bukan sebuah negara umat Islam, dan orang Islam merupakan golongan minoriti, kerana Islam mengajar umatnya agar menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

“walaupun kita tahu penduduk Islam disini boleh dikatakan minoriti, cukup sedikit, mangsa (gempa bumi) pun tak sebanyak orang bukan Islam, tapi kita ditarbiyah dalam Islam (agar menjadi) sebaik-baik manusia, (iaitu) yang memberi manfaat kepada manusia (lain),

“ini yang kita diajar oleh Rasulullah, jadi apabila menolong, kita tak kisah yang mangsa itu Islam atau bukan Islam kita tetap bantu,”kata beliau.

Ketua Delegasi Zaman Abdullah menerangkan tentang misi kemanusiaan amal ke nepal sambil di dengari oleh Dr Moazzam, Presiden Islami Sangh NepalSebelum itu, Ketua Delegasi Misi Kedua Ke Nepal, Haji Zaman Abdullah berkata, rombongan tersebut membawa ubat-ubatan dan dua orang doktor perubatan serta seorang doktor homeopati.

“kita juga bawa barang-barang makanan dan pakaian untuk diberikan, seperti menyampaikan bantuan kewangan yang dikutip dari penduduk Malaysia untuk membeli khemah,

“untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang ditimpa bencana gempa bumi,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan berjumlah RM21,000 kepada Presiden Islami Sangh Nepal (ISN), Dr Mohd Moazzam Ansari di pusat operasi bencana gempa bumi, di Masjid Jame.

Dalam taklimatnya, Moazzam berkata ISN sebagai badan dakwah dan reformasi, menyelaraskan kerja-kerja menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi, yang disumbangkan oleh pihak NGO tempatan serta luar negara.

20150515_111154“buat masa ini kami sedang melaksana kem perubatan dan khidmat sumbangan bantuan, selepas kerja-kerja menyelamat selesai, “kami menerima banyak NGO dari luar negara termasuk dari Pakistan, India, Bangladesh, Turki, Malaysia dan beberapa negara lain, yang (terus) datang dan (yang) telah kembali,

“kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pihak tuan-tuan (Yayasan Amal),”ujarnya.

Menyedari kedatangan petugas media dari NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bersama Yayasan Amal, beliau berkata ia adalah satu tindakan yang baik kerana usaha-usaha kemanusiaan yang dilakukan dapat disampaikan kepada seluruh dunia.

20150515_171003 (3)Beliau turut memaklumkan, telah tiga kali gempa melanda bumi Nepal bermula pada kali pertama pada 25 April.

“yang pertama pada 25hb April berlaku (dengan gegaran berukuran) 7.8 skala Rithcer dan kali kedua pada 26hb dengan (kekuatan gegeran) 7.1 dan yang terakhir (pada 13hb Mei) 6.8,

“hari ini (gempa kecil yang berlaku) tidak memberikan sebarang kesan (kerana ia berukuran) 5.3……..memang pada kebiasaannya kalau gegaran sekitar 5, adalah tidak ada apa-apa bagi kami,”ujar beliau.

Misi delegasi kedua Yayasan Amal akan meneruskan perjalanan hari ketiga pada esok (Sabtu 16hb) menyumbang khidmat ‘kem kesihatan’ dan bantuan ke daerah Gorkha, yang terletak lebih 100 kilometer ke luar bandaraya Kathmandu.

Rombongan ini akan berlepas pulang pada hari Ahad 17 Mei, dan di ganti dengan Delegasi Ke Tiga Yayasan Amal yang akan di ketuai oleh Timbalan pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Cikgu Fauzi Abu Samah.

Rombongan pertama yang diketuai Presiden Yayasan Amal Haji Hussin Ismail bersama 7 anggota sukarelawan telah memberikan khidmat selama 7 hari, bermula 6hb hingga 13hb Mei lalu.

https://youtu.be/G9QQ2PZwFM4

https://youtu.be/-pKYZanBkOE