Pengerusi Yemeni Care, Saifullah Hasbu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang menyokong dan menyumbang untuk usaha NGO tersebut membantu rakyat Yaman yang kini menghadapi ‘zaman sukar’.


“Kami para pelajar dan bekas pelajar yang menuntut di Yaman mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak,
“Maklumat yang ada pada kami iaitu separuh daripada 26 juta rakyat Yaman kini berada dilembah kelaparan menghadapi keadaan kritikal kekurangan makanan,


Menurutnya, dana yang telah dikumpulkan akan diserahkan sendiri kepada rakyat Yaman apabila wakil-wakil Yemeni Care dan beberapa NGO lain yang prihatin bergabung, dalam Misi Kemanusiaan yang akan ke negara tersebut pada 2 Ogos depan.
Katanya, penghantaran bantuan tersebut akan diselaraskan melalui Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dan NGO setempat.
Beliau berkata, turut sama dalam usaha amal membantu warga negara Arab yang dilanda konflik itu adalah sukarelawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu.


“aktivis media dari KAMI Terengganu juga telah lama membantu menyebarkan maklumat tentang keadaan di Yaman dan mereka akan bersama dalam misi ini, in sha Allah,”jelasnya.
Yemeni Care sebuah badan bukan kerajaan, ditubuhkan kira-kira dua bulan lalu, ketika perang saudara yang melibatkan beberapa kelompok politik di Yaman sedang memuncak.
Pemberontak Houthi yang dibantu kumpulan militan penyokong bekas Presiden Ali Abdullah Salleh telah menawan ibu kota Sana’a pada April tahun lepas dan mara ke bandar pelabuhan Aden.


Serangan-serangan udara yang dilakukan oleh gabungan diketuai Arab Saudi dan pertempuran darat dengan pasukan Jawatankuasa Kebangkitan Popular menyebabkan lebih 2,000 warga Yaman terbunuh.
Ribuan lagi hilang tempat tinggal dan hampir 13 juta rakyat negara tersebut berada dijurang kelaparan apabila kehabisan bekalan makanan dan keperluan utama kehidupan.




























