Terengganu, Malaysia

Militan Syiah Houthi Culik Pemimpin Parti Islah Yaman

islah-party-qahtan

Sana’a Militan syiah Houthi pada Ahad telah menculik seorang pemimpin parti Islah dari kediamannya di ibu negara Yaman, di sini.

Saudara kepada ahli politik itu berkata militant houthi telah membawa lari Mohamed Qahtan (gambar atas), pemimpin terkemuka parti Islah yang berkait rapat dengan Ikhwanul Muslimin ke satu lokasi tidak diketahui.

yemen-rebels-in-deadly-attack-on-al-islah-party-hq-1414873953-3751“Houthi telah menyerbu rumah Mohamed, sebelum membawanya lari,”kata saudaranya yang tidak mahu dikenali.

Sebelum itu, militan syiah terbabit telah telah mengepung rumah Mohamed dan meletakkan beliau, yang mewakili parti Islah dalam rundingan yang ditaja oleh PBB, dibawah tahanan dalam rumahnya sendiri.

Pada hari Sabtu, pihak parti Islah juga berkata, syiah Houthi turut telah menculik tiga anggota terkemuka lain dari parti itu, tidak termasuk 15 anggota bawahan dan aktivis dari bahagian yang berlainan di Sana’a.

Ia berkata di laman webnya bahawa Houthis menyerbu dan merompak pejabat-pejabatnya di Sanaa.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan