MIBG Tunjang Penting Dalam Pembentukan Generasi

21

Oleh: ‘Ammaar Salehuddin

MARANG – Keanggotaan ibu bapa dan guru dalam Majlis Ibu Bapa dan Guru(MGBG) bagi Madrasah Darul Iman merupakan tunjang yang penting bagi generasi cemerlang.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Marang, Dato’ Ustaz Ariffin Deraman berkata MIBG dan pihak madrasah merupakan tunjang yang amat penting untuk kecemerlangan pelajar yang bukan hanya dalam cemerlang akademik, malah memiliki akhlak, jati diri dan kefahaman agama yang kukuh.

“Mesyuarat MIBG ini juga penting sebagai ruang untuk berkongsi pandangan, membincangkan perkembangan pendidikan serta merancang usaha terbaik demi kebajikan dan kecemerlangan para pelajar, ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MIBG, Madrasah DaruI Iman kali ke-14 di Dewan Madrasah Darul Iman di sini pada 8 Ogos_

Beliau juga mengharapkan segala perbincangan dan perancangan yang dihasilkan oleh mesyuarat ini dipermudahkan untuk dilaksanakan.

“Insya Allah ianya akan memberi impak yang besar kepada seluruh warga Madrasah Darul Iman,” ujarnya.