Sebuah mahkamah jenayah di Kaherah ibu negara Mesir, telah menangguhkan sehingga 25 Jun perbicaraan
keatas Mohamed Morsi, presiden digulingkan, dan 10 yang lain yang didakwa membocorkan dokumen sulit kerajaan Mesir ke Qatar.
Morsi muncul dalam sesi Ahad buat pertama kali memakai pakaian seragam merah yang dikhaskan, untuk banduan yang akan dihukum.
Mahkamah yang sama pada Selasa lepas telah menjatuhkan hukuman mati kepada Morsi dan lima yang lain mati atas tuduhan “membunuhan” dan “cubaan membunuh” semasa memecah keluar penjara pada tahun 2011.
Perbicaraan pada hari Ahad itu adalah sebahagian daripada perbicaraan keempat terhadap Morsi sejak belau digulingkan.
Morsi telah dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dalam kes lain, hukuman mati dalam kes ‘pecah keluar’ penjara jailbreak Wadi Natroun dan untuk hidup dalam bakal hadapi penjara seumur hidup atas tududhan membocorkan maklumat kepada kuasa asing termasuk kepada Hamas dan Hizbullah.
Belum pernah sebelum ini dalam sejarah Mesir, bekas Presiden dipakaikan dengan pakaian merah.
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohamed Badie telah, bagaimanapun, sebelum ini muncul dalam pakaian seragam yang cerah.
Kerajaan ‘tentera’ Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin yang berusia 86 tahun, dan menamakannya sebagai “organisasi pengganas”.
Pada bulan April 2014, Mohamed Badie pertama kali dihukum mati bersama lebih 682 orang lain atas tuduhan pertempuran di Minya ekoran penyuraian kem bantahan pro-Morsi di Kaherah pada bulan Ogos 2013.
Hukuman itu kemudian diterbalikkan dan dalam perbicaraan semula kes itu, Mohamed Badie dihukum mati ‘dua kali’










