Mesir Adalah ‘Penjara Terbesar’ Kepada Petugas Media

1716
Nepalese journalists and law students demanding the release of journalists for the Al Jazeera broadcaster held in Egypt demonstrate outside the Egyptian Embassy in Kathmandu on March 24, 2014. Egypt's interim president has pledged to help resolve the controversial trial of jailed Australian journalist Peter Greste, in a letter that the reporter's Al-Jazeera channel called an "encouraging sign." Greste and two other journalists with the Doha-based broadcaster's English network are charged with spreading false news and aiding the blacklisted Muslim Brotherhood of deposed president Mohamed Morsi, who was overthrown by the army in July 2013. AFP PHOTO / Prakash MATHEMA

Telah berlalu 100 hari sejak wartawan al-Jazeera Mahmoud Hussein ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

Beliau ditahan sebaik tiba di lapangan terbang Kaherah pada 20 Disember ketika mahu melawat bersama keluarganya dari Qatar.

Mahmoud kemudiannya dituduh melakukakn hasutan terhadap institusi negara dan menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyebarkan huru-hara.

Sejak itu, Mesir terus menyaksikan tindakan keras lanjut terhadap aktivis dan kakitangan media.

Pada 27 Disember, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menandatangani undang-undang media yang baru, menyaksikan pewujudan Majlis Tertinggi Pentadbiran Media.

Suatu majlis dengan kuasa untuk membatalkan lesen akhbar media asing dan organisasi media serta menhatuhkan hukuman denda atau menggantung penerbitan.

Undang-undang itu, menurut penganalisis, dianggap satu tamparan kepada kebebasan akhbar di negara Mesir.

Mahmoud adalah salah satu daripada sekurang-kurangnya 26 wartawan yang kini dipenjarakan kerana kerja-kerja media media.

Awal bulan ini, mahkamah tempatan menangguhkan keputusan akhir bekas Pengerusi Syndicate Press (Kesatuan Wartawan), Yehia Qallash, yang ditahan bersama-sama dengan rakan-rakannya, Gamal Abdel Reheem dan Khaled El-Balshy, pada bulan November.

Ketiga-tiga mereka dituduh melindungi dua warga asing petugas media, di pejabat mereka.

Selepas ‘kantor’ mereka telah menggeledah, mereka dikenakan hukuman dua tahun dengan ikat jamin sebanyak EGP 10,000 setiap seorang, meng mencatat sejarah hitam media Mesir apabila pertama kali kesatuan itu dihadapkan ke mahkamah.

Pada 1 Mac, Speaker Parlimen, Ali Abdel-Aal, bersama-sama dengan ahli-ahli politik Mesir, memfailkan aduan jenayah terhadap editor akhbar tempatan Al-Maqal, Ibrahim Eissa.

Eissa dituduh ‘menghina’ parlimen, merujuk kepada tajuk utama yang menyindir dicetak oleh akhbar itu.

Penyelaras program Timur Tengah dan Afrika Utara untuk Jawatankuasa Perlindungan Wartawan Sherif Mansour berkata, tuduhan terhadap wartawan itu adalah kerana mengkritik prestasi mereka.

“ahli parlimen Mesir sepatutnya memelihara jaminan perlembagaan kebebasan akhbar oleh undang-undang dan menarik balik tuduhan jenayah ‘menghina Parlimen’, ” ujarnya.

Mahkamah jenayah Kaherah juga mengguhkan perbicaraan wartawan Mahmoud yang sepatutnya bersidang pada Mac 21, ditangguhkan sehingga 8 April.

Abou Zeid, yang lebih dikenali sebagai Shawkan, ditangkap pada tahun 2013.

Beliau adalah sebahagian daripada kes “Rabaa Penyuraian”, yang juga ditahan bersama para pemimpin Ikhwan.

Abou Zeid telah membuat meliputi bantahan di Rabaa sepanjang bulan Ogos 2013, apabila beliau dicekup bersama-sama dengan ribuan aktivis yang ditahan.

Beliau merupakan wartawan tunggal yang dibicarakan, disumbat dalam penjara dan mendrita dengan penyakit Hepatitis C .

Mesir kini berada pada kedudukan 159 daripada 180 buah negara di dunia tanpa dalam laporan ‘Wartawan Tanpa Sempada’ mengenai Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia.

Mesir dianggap oleh dunia media, wartawan dan akhbar sebagai salah satu daripada “penjara terbesar untuk wartawan” di dunia. Sumber: Al Jazeera