Kita di Malaysia menyambut kemerdekaan dengan mercun dan macam-macam acara. Cuba kita lihat sejenak kata seorang hamba Allah ini bila ditanya erti merdeka.
Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum:
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:
Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Barangkali kita terlupa bertanya kepada diri sendiri, merdekakah kita daripada hawa nafsu dan belitan syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan kita? Bagaimana pula dengan nasib saudara kita di Mesir, Syria, Palestine, Myanmar yang sedang disembelih oleh golongan kuffar?
Semoga kita mensyukuri apa yang Allah rezekikan kepada kita di Malaysia. Hentikan sindiran dan kutukan, doakan kebaikan sesama kita saudara seaqidah. Semoga kita merdeka dalam erti kata yang sebenarnya, Insya Allah. Allahul Musta’an. – https://www.facebook.com/shamkamikaze