KOTA LANGSA, Aceh – Dua orang doktor perubatan dan tiga sukarelawan yang bersama delegasi Misi Santuni Pelarian Warga Rohingya serta Bangladesh di sini, menempah ‘risiko’ mungkin, apabila membuat tinjauan ke kawasan ‘maut’ penempatan pelarian terbabit.


Menurut seorang sukarewan warga tempatan dari kumpulan warga Aceh Prihatin, Penyakit ini menular akibat persekitaran semasa pelarian ini hanyut bersama kapal mereka.
Bambang Herman, 28, berkata, kebanyakan mereka mengalami komplikasi dalaman akibat terlalu lama berada di laut, dipercayai hampir tiga bulan hanyut sebelum diselamatkan oleh nelayan Aceh.
” Mereka batuk-batuk, masalah usus dan saluran pernafasan. Keperluan lainya seperti makanan utama beras sehingga kini sudah dipenuhi. Sumber air bersih dan infra lain juga sudah disediakan oleh ngo sebahagian besarnya mahasiswa dari Malaysia,” ujarnya yang mahu lebih dikenali Bembem.


Katanya, dua orang rakan sejawat beliau sebelum ini meninggal dunia akibat dijangkiti penyakit tersebut, ketika memberikan rawatan kepada pesakitnya.
“Penyakit ini agak berisiko dan bole membawa maut……kita di Malaysia mahu penyakit ini ‘sifar’ namun kini masih belum berjaya kerana terdapat warga asing yang ramai yang menjadi pembawa kepada penyakit itu,”ujarnya ketika memberi taklimat kepada ahli-ahli delegasi.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil langkah ‘paling berhati-hati’ dengan memakai dua lapis ‘topeng muka’ dan membersihkan tangan dengan selepas keluar dari kem tersebut bagi mengelakkan sebarang jangkitan.


“kita memutuskan untuk menghantar sukarelawan yang bersama kita, dua orang doktor perubatan, dua orang muslimat dan seorang jurugambar ke dalam kem tersebut walaupun kita tahu, ia akan mendedahkan ahli-ahli rombongan kepada wabak itu,
“selain bertujuan untuk membuat semakan keperluan harian pelarian yang tinggal dalam kem terbabit, kumpulan itu akan melihat tahap jangkitan ‘Batuk Kering’ itu dan membuat sumbang saran kepada pemerintah serta badan-badan terbabit di peringkat antarabangsa agar tindakan diambil bagi membendung ia dari terus merebak,”ujarnya
Program ‘Penyuluhan’ Kesedaran Kebersihan
“Barangan keperluan makanan serta pakaian lebih daripada mencukupi. Oleh kerana itu kami akan lebih memberi tumpuan kepada keperluan rehabilitasi serta kebersihan,” ujar Puan Zuraida Md Noor ketika tinjauan awal di Kem Pelarian Rohingya Bayeun, Acheh Timur.


“Untuk tinjauan awal, Ameerah bersama 2 orang doktor dari NGO PAPISMA serta media telah membuat tinjauan ke Kem Bayeun. Tujuannya untuk mengenal pasti keperluan yang perlu untuk dibeli atau disediakan”,
“Kami juga membantu Dr Farizi dan Dr Saiful melakukan demontrasi menggosok gigi dengan kaedah betul. Kami teruja dengan aksi spontan dan kerjasama dari mereka tanpa segan silu”, ujar beliau lagi.
Sementara itu, Dr Fadzil yang merupakan perawat dari Rumah Sakit Zubir Mahmud turut berkongsi antara cabaran menjaga kebersihan para pelarian adalah komunikasi.


“Kami juga akan menjaga jadual ubatan mereka setiap hari bagi memastikan disiplin kesihatan mereka terjaga”, ujar beliau lagi.
Pusat rawatan dibuka 24 jam di penempatan tersebut dan dijaga bergilir-gilir oleh perawat mengikut syif.





























