MENGALU-ALUKAN PEMBEBASAN DR HASSAN AL TURABI

671

LA DPPP percaya Dr Hassan bukanlah seorang ektrimis agama dan pengganas seperti yang didakwa. Kritikan beliau berunsur nasihat dan bermotifkan kebaikan untuk negara Sudan. LA DPPP berpendapat, ruang kebebasan untuk bersuara, mengkritik dan berhimpun perlu dibuka bagi membuktikan Sudan benar-benar mengamalkan demokrasi yang sihat. Sememangnya negara-negara maju memberikan sepenuhnya kebebasan kepada rakyatnya untuk menyatakan pandangan dan pendapat dalam ruang lingkup yang dibenarkan tanpa apa-apa sekatan.

Selain daripada pembebasan Dr Hassan At Turabi, LA DPPP turut mengharapkan pembebasan ramai lagi tahanan politik di negara Sudan. Sudan merupakan contoh negara Islam di Afrika seharusnya menjadi tiang kepada negara-negara Islam di Afrika yang lain.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Dewan PEMUDA PAS Pusat