Terengganu, Malaysia

Masyarakat Antarabangsa Kutuk Hukuman Mati Beramai-ramai Mesir

keluarga mangsa hukuman mati beramai-ramai

Hukuman mati yang diputuskan oleh mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong Ikhwanul Muslimin telah mencetuskan kemarahan meluas dan kecaman antarabangsa.

Kumpulan hak asasi manusia, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menyatakan kebimbangan dan mempersoalkan keadilan ‘prosiding’ terhadap begitu banyak defendan yang duputuskan dalam masa hanya dua hari.

Amnesty International berkata hukuman mati adalah “satu contoh yang menjijikkan daripada kelemahan dan sifat terpilih sistem keadilan Mesir”.

EU Commissioner-designate Ashton of Britain addresses the European Parliament Foreign Affairs Committee in BrusselsKumpulan hak asasi yang berpangkalan di UK itu berkata ia adalah kelompok terbesar daripada hukuman mati serentak yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan ini, bukan sahaja di Mesir tetapi di mana sahaja di dunia dan menggesa hukuman tersebut dibatalkan.

Amerika Styarikat (AS) mengesahkan tindakan menggantung bantuan tahunan $ 1.5 bilion kepada Mesir, sebahagian besarya kepada pihak tentera, selepas tindakan keras kerajaan kudeta Mesir kepada pembangkang.

Pegawai Jabatan Negara AS berkata, negara itu sangat prihatin” mengenai hukuman mati.

“Walaupun rayuan adalah satu kemungkinab, (tetapi) ia hanya seolah-olah tidak mungkin bahawa kajian saksama terhadap bukti dan kesaksian konsisten dengan piawaian antarabangsa boleh dicapai dengan lebih 529 defendan selepas perbicaraan dua hari itu,” katanaya.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton menggesa pihak berkuasa Mesir untuk memberikan defendan “hak untuk perbicaraan yang adil dan tepat pada masanya” dan berkata “hukuman mati tidak boleh dibenarkan”.

Di Kuala Lumpur, ahli Parlimen pembangkang telah menghantar satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir bagi menyatakan solidariti mereka terhadap ahli kumpulan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhkan hukum mati.

Nasruddin HassanAhli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berkata, keputusan mahkamah di Kaherah itu satu tindakan yang melampau dan tidak berperikemanusiaan.

“Kami telah pergi ke kedutaan Mesir pagi tadi, sebagai menyatakan pendirian kami yang menolak keputusan itu.

“Bagaimanapun kehadiran kami tidak disenangi, tiada wakil kedutaan yang datang dan akhirnya mereka meminta memorandum itu di serahkan pada pengawal keselamatan sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Walaupun kesal dengan tindakan pihak kedutaan tersebut, Nasrudin berkata beliau tidak akan berputus asa untuk terus mencari keadilan.

“Kami akan mengadakan satu perhimpunan di hadapan kedutaan itu pada Jumaat ini bagi menuntut kerajaan Mesir membatalkan keputusan mahkamah tersebut,” katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan