Masjid Juma Merah Dibuka Semula Selepas 90 Tahun

1186

Masjid Juma Merah, yang terletak di rantau Tomsk, telah dibuka semula untuk umat Islam negara Rusia untuk mendirikan ibadah sekali lagi, selepas 90 tahun.

Masjid ini telah dikembalikan semula kepada kegembiraan penduduk Islam dalam satu majlis rasmi yang dirasmikan oleh Gabenor Tomsk Sergey Jvachkin, Datuk Bandar Ivan Kleyin, Speaker Parlimen Speaker Dukuvah Adurakhmanov, dan Mufti Republik Chechen Salah Haci Meciev.

red_mosque_Tomsk001Majlis itu yang turut dihadiri oleh wakil-wakil masyarakat Islam dan juga beratus-ratus orang Islam yang merupakan sebahagian daripada jamaahnya.

Para tetamu telah disambut di pintu masuk ke masjid oleh Wakil Mufti Rusia bagi Asia Seyh Nfigullah Asirov dan Mufti Wilayah Tomsk dan iman Masjid Juma Merah, Nizomutdin Jumaev.

Imam wilayah Tomsk Ozotmutdin Umayev membuka majlis dengan bacaan Al-Quran dan dan Sheikh Nafigullah Ahsyrov memberi ucapan, mengucapkan terima kasih kepada para hadirin.

Gabenor Jvachkin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Tomsk untuk membantu dengan kerja-kerja pengubahsuaian dan juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Republik Chehchen Ramzan Kadirov.

Selepas majlis itu, Sheikh Asirov memimpin solat Jumaat berjemaah dengan para hadirin.

Pemulihan semula Masjid Merah di Tomsk dijangka bermula pada 2013 yang kini dilengkapi dengan kubah sebesar 22 meter dan menara setinggi 44 meter.

36839061-tomsk-russia--august-16-2014-red-juma-mosque-of-tomsk-is-restoring-red-mosque-was-founded-in-1901-onKawasan masjid itu kini menjadi dua tingkat dengan keluasan 400 meter persegi serta dapat menampung 900 orang jamaah.

Pemulihan ini ditaja oleh Yayasan Awam dinamakan sempena Akhmad Kadyrov bekas Presiden Republik Chehchen, menelan kos sebanayak 70 juta Rubles.

Masjid Merah telah ditubuhkan pada tahun 1901 di atas tapak asal dua masjid kayu, yang telah dimusnahkan oleh api. Pembinaan masjid ini siap pada tahun 1904 pada dana daripada orang Islam tempatan.

Dalam tahun 1920-an, relepas Revolusi Bolshevik komunis Rusia telah menutup masjid itu dan kemudiannya dijadikan sebagai panggung wayang.

Hanya pada tahun 2002 bangunan itu dikembalikan kepada orang ramai.