Masjid Dalam Pembinaan Diserang

682

Siasatan besar-besaran telah dilancarkan selepas sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan, dinamakan masjid Suleymaniye, di pinggir bandar Dormagen, Jerman diserang pada pukul 4 pagi.

Sebanyak 500,000 Euro hadiah dipaparkan dan polis sedang mengkaji rakaman keselamatan kejadian terbabit.

Ramai pihak telah memberikan skongan bersama-sama membantah kejadian itu dan menunjukkan perpaduan dengan umat Islam di sana.

Dursun Pekdemir, wakil masjid itu berkata, anggota sayap kanan melampau telah juga menulis slogan anti-Islam di dinding masjid terbabit pada tahun 2012 ketika pembinaan masjid dimulakan.

Pekdemir berkata bahawa penyerang telah menulis “hidup Hitler,hidup ISN” dan “biarkan Islam mati di Jerman” di dinding masjid bersama-sama dengan simbol Nazi dan menyebabkan kesedihan kepada ahli-ahli jemaah masjid.

Selepas serangan, Datuk Bandar Dormagen Erik Lierenfeld melawat masjid itu.

“Saya amat mengecam perkataan (yang ditulis). Sesetengah orang keliru cuba untuk mengganggu keseimbangan yang telah kita cipta dalam masyarakat kita. Kami tidak menerima ini “.tegas Erik.

Masjid yang dalam pembinaan itu terletak antara Cologne dan Dusseldorf yang terdapat hampir 4,500 orang berketuruanan Turki di bandar itu.

Masjid yang dibina di Dormagen meliputi 11,500 meter persegi dan akan termasuk ruang solat, bilik persidangan dan ruang untuk aktiviti sosial.

Kos projek itu hampir 3.5million Euro.