Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama gabungan 300 Ngo Gerakan Pembela Ummah UMMAH menyeru rakyat untuk turun beramai – ramai bersolidariti di Perhimpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 28 Julai (Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Himpunan ini telah mendapat sokongan dengan kehadiran daripada tokoh – tokoh pendidikan dan bahasa serta Ngo – Ngo, diantaranya, Prof Dato Dr Awang Sariyan Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Wan Ramli daripada ASASI, Prof Shahrir Md Zin Gerakan Mansuh PPSMI dan Kamal Syukri Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.Tokoh – tokoh politik negara turut dijemput dan bersedia untuk bersama – sama hadir.
Jemputan juga dibuat kepada tokoh Budaya, Warisan dan Sejarah Tan Sri Rais Yatim yang juga telah menyatakan dan memberi sokongan yang kuat kepada usaha – usaha memartabatkan bahasa dan melayu.
Jemputan rasmi turut dihantar kepada Menteri Pendidikan, untuk bersama – sama hadir bagi mendengar isu – isu pendidikan negara.Ummah berharap Menteri boleh turun tunai janji untuk minun teh tarik bersama – sama.
Himpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan rakyat secara serius berkaitan isu- isu Ummah seperti UEC, Bahasa, Pendidikan, Melayu dan Islam yang kian terancam.
Himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menggangu himpunan ini.
Daripada maklum balas rakyat, dijangka himpunan ini akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan diminta orang ramai yang hadir agar datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan parking dan lalulintas.
Tema himpunan adalah warna putih dan cerah dan digalakkan memakai t-shirt putih dan membawa banner
” Kami Bantah UEC “.
UMMAH mengucap selamat datang dan berhimpun kepada semua rakyat Malaysia.Kami menanti kedatangan anda semua.
Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif (MAPPIM)
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela (Ummah)