Malaysia Mesti Dipimpin Oleh Melayu, Islam

489

KUALA TERENGGANU – Negara ini, mestilah dipimpin oleh parti dan pemimpin berteraskan politik Melayu dan Islam, seiring dengan majoriti rakyat yang telah memilih Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum yang lalu.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan tidak mewakili kehendak rakyat.

Beliau menolak sebarang tawaran daripada gabungan kerajaan tersebut yang hakikatnya bukan sebuah kerajaan perpaduan.

“yang membuat tawaran tu adalah kerajaan yag sangat lemah, yang membuat tawaran itu bukan kerajaan perpaduan,

“sila buka kamu politik, karajaan perpaduan itu bermaksud merangkumi semua parti politik, taka da pembangkang, parti yang bersar ialah PN, PAS mempunyai 43 kerusi dan Bersatu ada 31 kerusi di Parlimen,” jelasnya.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan PN mengajak semua parti-parti politik dan pihak-pihak lain untuk bersama-sama gabungan tersebut.

“kita terus dengan PN dan kita menngajak pihak-pihak lain Bersama kita kerana kita mendominasi rakyat dan kekuatas ada daripada kita,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada siding media selepas perasmian Persidangan Antarabagsa Terengganu 2023 (Terengganu International Summit 2023) di Taman Tamadu Islam, di sini hari ini.

Justeru itu, beliau yakin PAS dan PN akan mengekalkan pemerintahan di negeri-negeri yang telah dikuasai pada pilihan raya negeri (PRN) akan dating.

“ya….saya lihat prestasi yang dicapai oleh kerajaan-kerajaan dibawah PAS dan PN sangat menarik walau pun dalam keadaan yang banyak masalah, kewangan dan lain-lain,

“kita pernah mengalami keadaan sebegini bertahun-tahun dan kita boleh hadapi dan rakyat memahami apa yang sedang dihadapi,” tambah belia.

Katanya, ‘Gelombang Hijau’, gelombang rakyat menyokong PN dan menolak parti-parti lain pada PRU15 lalu, masih wujud dan berkobar, terutama dalam kalangan pengundi muda.

“di negeri lain termasuk di Selangor juga begitu, kita menang enam kerusi parlimen,” katanya lagi.