Soalan yang di kemukakan itu agak panjang dan saya pecahkan kepada beberapa perkara. Yang pertama isu kos sara hidup yang tinggi khususnya di Kemaman dan juga di Terengganu yang biasanya dikaitkan dengan tempat ada industri petroleum ini.
Yang kedua apa solusinya dan yang ketiga kaitan Terengganu di dalam khususnya di dalam pihak kerajaan yang telah melakukan banyak penyelewengan-penyelewengan.
Jadi tiga item ini panjang untuk kita huraikan. Saya cuba untuk ringkaskan dan kita boleh untuk memahami apa yang kita kongsi pada malam ini.
Yang pertama saudara bila kita bercakap kos sara hidup memang ia bukan berada di bawah kuasa bidang kuasa sebuah kerajaan negeri.
Ia datang daripada pihak persekutuan yang memiliki kementerian yang tersendiri untuk mengawal kawalan harga-harga barang.
Tetapi kita perlu untuk mengingati kerajaan di peringkat tempatan memiliki keupayaan untuk melengkapkan infrastruktur yang lengkap kepada rakyat dan memberikan sokongan-sokongan sehingga menyebabkan rakyat itu akan mencapai rasa keselesaan.
Saya memberi contoh di Kemaman sudah memiliki satu rancangan tempatan yang lengkap bukan sahaja di Kerteh bukan sahaja di Chukai termasuk di Teluk Kalong termasuk di seluruh kawasan di daerah Kemaman ini.
Saya ada membaca satu rancangan tempatan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kemaman yang telah menggariskan sehingga 2015 yang saya baca ini hak sampai 2015.


Saya memberi contoh antara sebab berlaku kenaikan harga barang di kedai-kedai makan sebagai satu contoh kerana faktor sewaan. Lain daripada kos bahan mentah adalah faktor sewaan.
Kalau pun lepas untuk bahan mentah tetapi dia tidak lepas dengan sewaan yang tinggi. Maka pada waktu tersebut kalaulah berlaku tambahan tempat yang di sediakan oleh pihak kerajaan negeri dengan kos yang sangat minima maka pada waktu tersebut bahan mentahnya sama tetapi kos sewaannya rendah maka masing-masing berpusu pergi ke tempat yang rendah yang sewanya lebih munasabah.
Dan pada waktu tersebut akan berlaku persaingan tempat. Mereka yang meletakkan sewaan tempat yang tinggi tidak akan menjadi rebutan.
Sewaan yang rendah akan menjadi rebutan. Dalam masa yang sama maka kos harga barang juga jualan juga tidak akan meningkat naik dengan ketara.
Sebab itu ia memerlukan sokongan kerajaan tempatan ataupun dalam konteks kita pada hari ini perlu sokongan daripada pihak kerajaan negeri.
Maka rantaian-rantaian ini akan memberikan sokongan kepada rakyat secara sekaligus ia tidak akan membebankan peniaga dalam masa yang sama dia akan berkongsi keupayaan tersebut bersama dengan pihak pengguna ataupun pihak pelanggan.
Bukan sahaja di Kemaman harga tinggi tuan-tuan sekalian, di Gong Badak kawasan saya antara tempat yang agak tinggi daripada sudut biasanya kita ukur dengan cara makananlah benda-benda lain tidak ketara sangat. Biasanya orang tengok makan.
Ikan kembung berapa seekor yang telah digoreng. Kemudian nasi lemak satu pinggan waktu pagi berapa harga jualan.


Kemudian kita lihat daripada sudut kaitan dengan kerajaan apabila kerajaan banyak untuk mebelanjakan duit tapi fokusnya kepada satu projek-projek yang ‘grand’ yang supermega tetapi tidak memberikan pulangan yang berkesan kepada rakyat.
Saya memberi contoh tuan-tuan sekalian, kita tidak mampu untuk membawa pelaburan dalam negeri Terengganu. Sebelum kita tengok penyelewengan. Tuan-tuan tengok dalam negeri Terengganu 2017. Ini saya nak berkongsi dengan tuan-tuan sekalian 2017 Terengganu hanya berjaya memperolehi pelaburan hanya RM 55 juta 2017 tahun lepas.
Daripada RM 55 juta ini dua daripadanya adalah dia ada tiga pelaburan. Dua adalah pelaburan dalam negeri satu pelaburan dari luar negara.
Jumlah keseluruhan RM 55 juta dia tak boleh untuk melonjakkan ekonomi dengan lebih agresif walaupun pada tahun 2016 untuk bajet 2017 saya bawa bukunya tuan-tuan sekalian, pihak kerajaan negeri telah menyatakan secara yang cukup mudah untuk mengagihkan kepada rakyat projek-projek yang cukup hebat dan juga dalam bentuk yang dipanggil sebagai ‘Low hanging fruit’.
Ada sebanyak 13 projek yang boleh membekalkan sekitar 18 ribu peluang pekerjaan.Saya nak berkongsi dengan tuan-tuan sekalian isi kandungan 13 projek ini.
13 projek ini dalam sektor bioteknologi projek makanan ternakan hibre di Setiu berjaya memperolehi ini katanya pelaburan swasta benilai RM 27 juta bakal mewujudkan 895 peluang pekerjaan.
Sektor yang kedua sektor pembuatan. Projek Aviation MRO pelaburan swasta bernilai RM229 juta 600 peluang pekerjaan.
Membangunkan perkhidmatan kargo udara serantau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pelaburan swasta bernilai RM 165 juta peluang pekerjaan 895 peluang pekerjaan.


Saya baca empat tuan-tuan sekalian, mesti kita dah terpegun kalau dengar ini tapi hakikatnya 2017 tidak seperti yang diberikan gambaran ini.
Sebab itu kita hanya terima RM 55 juta sedangkan kalau ikut kandungan RM27 juta, RM 229 juta, RM 165 juta RM 275 juta menyebabkan kita berjaya menerima pelaburan sejumlah RM 3.5 bilion.
Tapi malangnya Terengganu menerima hutang RM 3.5 bilion bukan pelaburan RM 3.5 bilion yang kita cukup gusar kerana kaedah yang digunakan pada hari ini dalam bentuk menyembunyikan hutang.
Perkara ini telah ditegur oleh pihak PAC parlimen apabila kerajaan pusat banyak menggunakan inisiatif Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI Private Financial Initiative) iatif untuk membawa pembangunan dalam negara.
Terengganu pun tak terkecuali dia guna formula ini untuk bawa pembangunan dalam negeri Terengganu.
Sebab itu tuan tuan dapat lihat apabila Terengganu bawa konsep seperti ini yang mereka akan membuat pembayaran secara bentuk ‘diferred payment’ bayar secara bertangguh buat dahulu bayar kepada kontraktor secara bertangguh.
Saya bentang beberapa contoh untuk dinilai oleh sebahagian daripada kalangan kita yang sempat mengikuti perbincangan kita.
Contoh di Kemaman kita tak menolak pembangunan kita setuju contohnya membaik pulih, menaik taraf loji rawatan air Bukit Sah Kemaman kita setuju. Bangunkan tetapi kenapa kita perlu gunakan konsep difect payment kerana kita akan kerugian pada waktu tersebut sejumlah yang besar.
Kontraktor yang berjaya memperolehi projek ini daripada kontraktor cina BEWG Malaysia Sdn Bhd yang berdaftar di Bangsar Souch.
Kos projek RM 499 juta kerana konsep diferred payment kita terpaksa membayar kepada kontraktor ini dalam tempoh sembilan tahun sebanyak RM 686 juta asal RM 499 juta. RM 686 juta hampir RM200 juta kita terpaksa tambah peruntukan.
Loji air Kuala Terengganu Utara yang diperolehi oleh Konsertium Amani Gevi Sdn Bhd. Kontraktor ini berada di level 8 Tour 2 Etika Twins Jalan Pineng. Kos projek asal RM 797 juta tetapi kerana konsep diferred payment datang daripada PFI ini kita bayar dalam tempoh 12 tahun RM 1.3 bilion.
Jadi tuan-tuan sekalian lihat bagaimana jumlah yang akan hilang daripada rakyat Terengganu duit yang cukup besar jumlahnya ratusan juta kerana kita menggunakan konsep ini.


Kita kata ini RM 700 juta kerana desakan pembangkang akhirnya dia kata kita kekal RM 600 juta tidak ada pertambahan dan kita dah ubah formula kiraan.
Jadi komen yang oleh PAC jawatankuasa kira-kira wang Negara menyebut pada 17 Jun 2015 beliau menyatakan pada pandangan PAC program ini adalah pinjaman kerajaan yang off bajet.
Pihak swasta pula tidak membiayai kos projek yang dilaksanakan. Kemudian dia sebut pembelanjaan off bajet ini boleh menimbulkan keraguan angka-angka yang diterbitkan dalam bajet dan tidak mencerminkan kedudukan kewangan kerajaan yang sebenar termasuk angka kontijen liabiliti, pengiraan defisit dan hutang kerajaan.
Ertinya sebut hutang kita akan nampak sejumlah ini tapi kalau dikira dengan semua PFI kita akan nampak betapa tingginya hutang yang dialami oleh negara termasuk di peringkat negeri Terengganu.
Jadi saya nak berkongsi kalau tren ini berterusan kesannya akan di tanggung oleh rakyat keseluruhan. Sebab ia hutang kerajaan dan kerajaan nak cover balik hutang dia akan ‘press’ balik daripada rakyat.
Sebab itu timbul GST dan tidak mustahil akan datang timbul pelbagai lagi skim baru untuk mengambil daripada rakyat, rakyat terbeban, rakyat sakit maka pada waktu tersebut kita akan dapat lihat kos sara hidup akan terus meningkat naik bukan sahaja di Terengganu malahan seluruh negara akan melakukan kesannya.





























