Majlis Keselamatan PBB Bincang Pergolakan Terbaru Israel-Palestin

633

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan siri keganasan antara Israel dan Palestin di mana berpuluh-puluh orang telah terbunuh sejak dua minggu yang lalu.

Mesyuarat tersebut, menurut para diplomat dipanggil atas permintaan Ahli Majlis Keselamatan Jordan, akan dimasukkan agenda taklimat daripada sekretariat PBB mengenai keadaan yang berlaku di lapangan, akan diadakan pada hari Khamis.

tindakan ganas israel3Mesyuarat PBB tersebut dipanggil berikutan pihak rejim Israel mengatur penghantaran lebih ramai tenteranya ke sempadan Gaza, di mana Hamas telah menyeru para penduduk untuk keluar menyatakan bantahan ‘hari kemarahan’ pada hari Jumaat.

Tentera Israel telah dilaporkan, menghalang lelaki di bawah umur 40 tahun daripada masuk dan melakukan ibadah di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang protes warga Palestin.

Sumber Diplomat berkata penyelesaian telah dirancang pada masa ini tetapi tidak mungkin ada usaha resolusi yang dikeluarkan walaupun pihak Majlis Keselamatan dijangka akan mengeluarkan kenyataan bertujuan menggesa kedua-dua pihak untuk membendung keganasan.

Rusuhan bermula bulan lalu berikutan serangan oleh kumpulan-kumpulan sayap kanan Israel ke perkarangan Masjid Al-Aqsa, tempat suci ketiga bagi umat Islam.

Israeli soldiers detain a Palestinian protester following a demonstration against the expropriation of Palestinian land by Israel in the West Bank town of Tulkarem on May 31, 2014.

Selain masjid, perkarangan di Timur Baitulmuqaddis adalah juga terletaknya ‘ikon Kubah Batu’ – Dome of the Rock.

Yahudi melaksanakan upacara keagamaan di Tembok Barat perkarangan masjid itu, yang didakwa sebagai kuil gunung (Temple Mount) dalam agama Yahudi.

Bantahan terhadap pendudukan berterusan Israel di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Semenanjung Gaza telah meningkat.

Tentera Israel telah bertindak balas dengan meningkatkan kekerasan menggunakan gas pemedih mata, peluru keluli bersalut getah dan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan.