Mahkamah Persekutuan Switzerland Tolak Larangan Berhijab

1183

Mahkamah Persekutuan Switzerland telah menolak larangan sebuah sekolah St Gallen Komuniti Cantonal menghalang pemakaian tudung atau hijab.

Keputusan pada hari Jumaat itu memuktamadkan kes yang bermula pada tahun 2013, apabila pihak berkuasa sekolah komuniti St Margrethen membantah pelajar Islam berusia 14 tahun yang memakai tudung itu ke kelas.

Aduan dibuat sekolah itu berdasarkan peraturan perkauman mengharamkan pemakaian pakaian agama.

Mahkamah pentadbiran cantonal menolak bantahan sekolah selepas ibu pelajar enggan membenarkan beliau untuk hadir ke sekolah tanpa hijab.

headscarfbanPada hari Jumaat, Mahkamah Persekutuan memutuskan undian empat berbalas satu menolak rayuan rayuan sekolah terhadap keputusan mahkamah pentadbiran Cantonal itu.

Mahkamah tinggi berhujah bahawa pengharaman terhadap memakai hijab bukan satu prasyarat untuk pengajaran yang berkesan.

“Memakai tudung tidak membuatkan seseorang menjadi kurang ajar dan tidak berdisiplin,” kata Hakim Persekutuan Florence Aubry Girardin.

Kes sekolah St Margrethen kes bukan satu-satunya contoh bantahan dibuat terhadap pemakaian penutup kepala Islam di Switzerland.

Ticino sebuah wilayah keturunan Itali di selatan Switzerland telah mengundi untuk mengharamkan pakaian yang menutupi muka pada tahun 2013, undi yang telah diluluskan oleh Parlimen Cantonal bulan ini.

Terdapat juga percubaan (berterusan) untuk membawa masuk apa yang dipanggil pengharaman burka di kanton Aargau, Zurich dan Valais.

Di samping itu, sekumpulan ahli politik berhaluan kanan sedang cuba untuk membawa larangan tutup kepala di seluruh negara di Switzerland.- Swissinfo.ch