Mahasiswa Malaysia, Indonesia Anjur Ramah Mesra

1609

Oleh : Raihanah

PALEMBANG – Ikatan Mahasiswa Malaysia UIN Raden Fatah (IMARAH) telah menganjurkan sesi ramah mesra bersama Rektor Universitas Islam Negeri Raden Fatah Palembang, Indonesia.

Program tersebut diadakan sempena program Sambutan Aidil Adha pada Isnin 12 September 2016 di bangunan utama pentadbiran UIN Raden Fatah.

palembang3IMARAH merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan tujuan untuk menjaga kebajikan seluruh mahasiswa Internasional yang menuntut di UIN Raden Fatah Palembang, organisasi ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2013.

Presiden IMARAH, Muhammad Harith bin Noh ketika berucap di dalam sesi ramah mesra berkata, “beliau menegaskan bahawa mahasiswa internasional yang menuntut di UIN Raden Fatah akan menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang”.

Harapan ini kemudiaannya disambut baik oleh pihak Rektor sendiri iaitu, Prof. Drs. H. Muhammad Sirozi.

“Ini adalah perjuangan jihad kalian, bukan saja kalian mnunjukkan prestasi cemerlang ketika belajar,tetapi setelah kalian menjadi lepasan UIN, kalian harus kekal cemerlang.”ujarnya

palembang2Menurut beliau, pihak UIN Raden Fatah akan menjaga sebaik mungkin kebajikan mahasiswa Internasional yang belajar di UIN Raden Fatah yang berjumlah mencapai 60 orang sehingga saat ini.

Sehubungan itu, Pengarah, Mohd Hakimi bin Shafie berkata, Program ini dianjurkan adalah untuk Merapatkan lagi ukhuwah diantara pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia yang tidak pulang beraya di Negeri masing-masing.

Tambah beliau lagi, program kali ini bersifatkan Pengorbanan sesuai pada bulan Zulhijjah, bulan Islam yang penuh dengan intipati dan simbol ketakwaan, konsep ini perlu untuk merapatkan lagi Ukhuwah dengan sama-sama merayakan hari yang mulia ini secara bersaudara.