Lima orang Islam Sunni yang menghadiri mesyuarat di sebuah rumah di Baku, ibu negara Azerbaijan telah diserbu oleh polis bersenjata dan bertopeng pada April 2014 menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun setiap seorang jika sabit kesalahan.
“Mereka adalah orang Islam biasa yang tidak terlibat dalam politik dan hanya menunaikan solat,” kata Asabali Mustafayev, peguam kepada empat daripada lima lelaki tersebut dalam Forum 18 Berita Perkhidmatan.
Beliau menambah, perbicaraan mereka mungkin berlangsung lebih dua bulan.
Menurut satu laporan terbaru Forum 18, kes tiga daripada lima orang terbabit; Eldeniz Hajiyev, Ismayil Mammadov dan Revan Sabzaliyev, telah diserahkan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg, selepas mereka menghabiskan masa berbulan-bulan dalam tahanan polis rahsia pada 2014.
Dia akan menghadapi hukuman sehingga tiga tahun penjara atas tuduhan memiliki senjata haram, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh kawan-kawannya.
Empat daripada mereka menghadapi tuduhan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun.
Tiga daripada lima defendan telah membuat aduan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECtHR) di Strasbourg kerana ditahan tanpa bicara dalam tempoh masa yang panjang oleh polis rahsia di Kementerian Keselamatan Negara (NSM) di Baku.
Selain daripada pendakwaan jenayah, individu telah dihukum kerana menunaikan hak mereka untuk kebebasan beragama atau kepercayaan dengan denda besar-besaran di bawah Kod Tadbir.
Sementara itu, sebuah masjid di Baku telah diserbu baru-baru ini.
“Mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti jenayah, semua orang bersetuju,” tegas Mustafayev berkeras.
“Ini (mereka) adalah orang Islam biasa yang tidak terlibat dalam politik dan hanya menunaikan solat.” Jelasnya.
Beliau berkata kes itu adalah berdasarkan penyiasatan keatas aduan yang dibuat oleh jiran mereka yang dinyatakan dalam kes itu sebagai “mangsa”.
Kira-kira 93.4% daripada penduduk Azerbaijan adalah penganut Syiah dengan Sunni menjadi minoriti dalam negara itu yang terletak diantara Eropah Barat dan di Asia Tengah.